Tuesday, June 22, 2010

Pendekatan Holistik GeMS


Pelan untuk mempastikan kejayaan usaha menangani gejala sosial di negeri SELANGOR memerlukan pendekatan holistik iaitu' total solution approach'. Gejala sosial ini sudah membarah sekian lama di bawah pemerintahan yang lepas atas dasar sistem sosial bersifat individualistik dalam kerangka fenomena migrasi besar-besaran penduduk luar bandar dari seluruh negara ke Selangor khususnya tertumpu di lembah Klang.
Golongan muda yang tidak dibekalkan dengan jati diri dan benteng agama yang utuh terus lebur dalam asakan 'norma' atau budaya baru yang liberal dan melangkaui batasan agama. Hedonisme yang sinonim dengan kehidupan bandar yang sebahagiannya di pelopori oleh kerajaan UMNO/BN sendiri melalui program gergasi 'heboh'nya dan program lagha yang terlambak dalam television menjadi pemangkin lahirnya generasi yang menghabiskan masa dengan perkara yang kurang berfaedah. Bukan sekadar merugikan masa mereka belajar bergaul dengan rakan -rakan yang sudah terjebak dalam gejala sosial seperti zina,arak,judi, dadah,rempit,curi dll. Akhirnya golongan yang tidak punya daya tahan yang kuat akan terpedaya dengan pengaruh kawan yang mula-mula hanya mengajak mencuba-cuba apa yang sudah menjadi lumrah dan rutin mereka dalam konteks gejala sosial dan jenayah. Maka akhirnya, penagih dadah semakin ramai, isu pembuangan bayi semakin kritikal bahkan kaitan dengan penipuan, gangsterisme juga semakin menjadi-jadi.
Untuk merawat penyakit masyarakat yang kronik sebegini sudah tentu memerlukan transformasi budaya orang muda ke arah yang positif dan produktif.Ini hanya akan boleh berlaku sekiranya pemimpin masyarakat dan ibubapa sedar bahawa mereka semua harus memainkan peranan menyediakan suasana yang kondusif dan membina.
Inilah yang menjadi falsafah pendekatan holistik kerajaan negeri SELANGOR yang mahu disebarluas untuk dihazam oleh massa diperingkat grassroot supaya 'total solution approach' ini dipraktikkan secara kolektif dengan koloboarsi sinergistik semua pihak yang terlibat.

No comments:

Post a Comment