Sunday, November 21, 2010

TOKOH PELAJAR PASTI DARUL ULUM 2,KPG SG UDANG SELAT KLANG


Syabas kepada tokoh pelajar PASTI DARUL ULUM 2, SG UDANG yang berjaya dididik oleh guru-guru PASTI dengan gigih. Mudah-mudahan akan menjadi insan cemerlang dunia akhirat kelak

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SELANGOR 2010



KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM
21/11/10 AHAD

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa TetapPendidikan meraikan HARI KANAK-KANAK 2010 dengan program yang diurusetiakan oleh MAJLIS PERMUAFAKATAN TADIKA SELANGOR(MPTS) dengan tema "ANAK-ANAK AMANAH KITA BERSAMA".

30 tadika mengambil bahagian dalam persembahan kanak/pelajar masing-masing dari pelbagai kategori.

Perasmian telah disempurnakan oleh YB DR HJH HALIMAH selaku EXCO PENDIDIKAN SELANGOR. Mascot TAWAS(TABUNG ANAK WARISAN SELANGOR) dan maskot PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR juga turut menyeri majlis dan sangat sesuai dengan kanak-kanak yang berminat maskot.

Saturday, November 13, 2010

CALON SPM 2010 SEMOGA CEMERLANG

MASJID NEGERI SHAH ALAM
7/11/10
SOLAT HAJAT PERDANA dianjurkan oleh JAWATANKUASA TETAP PENDIDIKAN KERAJAAN SELANGOR untuk pelajar PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR(PTRS) yang diimamkan oleh IMAM MUDA OASIS yang kemudiannya memberi sedikit tazkirah selepas solat hajat.
Program yang dirasmikan oleh YB EXCO Pendidikan DrHjh Halimah Ali merupakan kali kedua sejak PTRS dimulakan pada 2009.
Slot motivasi dikendalikan oleh motivator yang mempunyai pengalaman 30tahun dalam bidang motivator dan di antara pengasas SMART LEARNING.

SJKT JLN TEPI SUNGAI KLANG


KLANG
SABTU 13/11/10

Buat pertama kalinya EXCO PENDIDIKAN KERAJAAN SELANGOR, YB DR HJH HALIMAH ALI dijemput merasmikan temasya sukan sebuah SJKT. SJKT JLN TEPI SUNGAI KLANG mengorak langkah berani menjemput YB EXCO ke temasya sukan sekolah.
Majlis bermula dengan perarakan kontijen sekolah yang terdiri daripada 3 pasukan:kuning, merah dan hijau.
Kemudian, guru besar PUNA KALAIVANI mengalungkan bunga malai kepada YB EXCO sebeloum ucapan dan seterusnya upacara perasmian dilakukan.
Kemudian, hadiah kecemerlangan 2 pelajar UPSR yang dapat 5A2B dan SEORANG 4A3B daripada 31 pelajar.
Tahniah kepada YDP PIBG En Chandran, guru besar baru Pn KALAIVANI dan seluruh kakitangan serta guru-guru dan AJK PIBG serta murid-murid yang telah bertungkus lumus menjayakan program.

Wednesday, November 3, 2010

GURU TADIKA MEMAINKAN PERANAN PENTING MENCORAK MODAL INSAN




YB Dr Hjh Halimah Ali selaku Exco Pendidikan Kerajaan Selangor membelah laut menyantuni guru-guru dan pelajar tadika di Pulau Ketam memandangkan mereka adalah golongan yang sangat besar pengaruh kepada kualiti modal insan masa depan.
Guru yang bersemangat dan mempunyai visi akan lebih berjaya merancang dan melaksana proses pendidikan yang efektif. Sewajarnyalah mereka mendapat perhatian peribadi daripada EXCO PENDIDIKAN NEGERI.

Monday, November 1, 2010

EXCO pendidikan asah bakat hias kek!

EXCO Pendidikan SELANGOR,YB Dr Hjh Halimah Ali turut serta mencuba menghias kek dengan panduan daripada chef BAKERY RIA sebagai promo untuk pelajar -pelajar yang ingin mengikuti kursus 6bulan segala selok belok tentang pembuatan dan hias kek melalui INPENS INTERNATIONAL COLLEGE yang dibiayai sepenuhnya oleh KERAJAAN NEGERI SELANGOR.
Ini adalah diantara inisiatif kerajaan bagi menyelamat pelajar lepasan SPM yang tidak berminat akademik dan ianya sangat bermanfaat dan lebih menjamin peluang kerjaya.

EXCO PENDIDIKAN LAWAT TADIKA PULAU KETAM



ISNIN 1/11/10
PULAU KETAM KLANG
YB Dr Halimah Ali EXCO PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR melawat 3 tadika di kawasan Pulau Ketam dalam usaha mengenali para pengusaha tadika dan juga kanak-kanak di KAMPUNG BARU PULAU KETAM yang terpisah dengan tanah besar.Kedatangan rombongan EXCO diterima dengan begitu baik oleh kesemua tadika.Guru-guru dan kanak-kanak ini rata-rata teruja dengan kunjungan muhibbah yang membawa sedikit cenderahati berupa pensil case, belon dalam beg

EXCO PENDIDIKAN SERTAI TARIK TALI GURU DENGAN PENDUDUK

Kampung Baru Sg Lima, Pulau Ketam, Klang
Ahad 31/10/10

YB Dr Hjh Halimah Ali yang melawat KPG SG LIMA PULAU KETAM sempat meraikan sukaneka SJKC SIN BIN SG LIMA dengan menyertai pertandingan tarik tali di antara pasukan guru/kakitangan sekolah dengan penduduk.
EXCO Pendidikan menyertai pasukan guru. Aktiviti ini sungguh meriah dan mencuit hati ramai penduduk yang rata-ratanya daripada kaum Tionghua