Saturday, June 12, 2010

PELAN STRATEGI MEMBANGUN MODAL INSAN DI TAHAP PRASEKOLAH SELANGOR

Di antara teras utama KERAJAAN NEGERI SELANGOR untuk mencapai visi SELANGOR IDAMAN, MAJU,SEJAHTERA DAN BERKEBAJIKAN 2025 ialah MEMACU PEMBANGUNAN MODAL INSAN.

Justeru, Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah memperkenalkan falsafah pendidikan holistik yang mengambilkira seluruh keperluan dan ciri-ciri unik manusia agar boleh dibangun secara tuntas agar mampu menjadi modal insan yang berkualiti tinggi.Selain merancang 'critical pathway to success' untuk melahirkan modal insan produktif hingga mencapai massa/jumlah kritical, STANDCO Pembangunan Modal Insan juga telah mewujudkan pelan tindakan untuk mitigasi 'insan liabliti'. Maksudnya, disamping mengeluarkan modal insan yang akan menguntung diri,keluarga, masyarakat, negeri dan negara Exco Pembangunan Modal Insan dan J/K mahu meminimakan insan yang terjebak di dalam anasir negatif yang akan merugikan bukan hanya diri sendiri tetapi keluarga, masyarakat negeri dan negara. Bukan hanya kos dari segi wang ringgit, tetapi kos tenaga kerja, kos kerugian akibat vandalisme, kos perubatan mengubat pesakit HIV/AIDS/Hepatitis B dll yang berkaitan dengan penagihan dadah, kos menanggung keluarga penagih dadah,judi dan arak, kos penjara, kos perundangan dan kehakiman. Kos kerugian harta benda dan ketakutan kepada peniaga/pelabur/guru-guru,wanita dan pekerja kilang serta ibubapa yang takut anak mereka diculik dan dibunuh seperti kes NURIN JAZLIN JAZIMIN, SHARLINIE, SHAFIA HUMAIRA dll.
Maka, dua langkah seiring sejalan telah dimulakan di SELANGOR.Untuk membangunkan modal insan berkualiti SATU model atau formula PEMBANGUNAN MODAL INSAN telah dirumuskan iaitu S.P.I.E.S. Ianya adalah akronim daripada 5 elemen teras yang MESTI dibangunkan secara sepadu oleh SETIAP manusia SETIAP hari SETIAP lokasi untuk mengupayakan diri menjadi modal insan berkualiti: S Spiritual; P 'Physical'; I Intelektual; E Emosi; S Sosial.

Rasionalnya, tidak cukup hanya dapat sekeping kertas sebagai bukti seseorang akan menjadi pekerja, suami,isteri,ibu, ayah,ahli masyarakat,pemimpin yang berkesan, produktif dan berjaya dalam hidup dan mampu menyumbang kepada pembikinan masyarakat cemerlang untuk merealisasikan VISI SELANGOR seperti yang disebut di atas. Lebih-lebih lagi untuk mencapai apa yang telah diwar-warkan oleh YAB MB mahu menjadi baldatun toyyibatun wa robbun ghafuur = negeri yang baik, anggun, unggul, canggih, moden dsb DAN DIAMPUNI SERTA DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT.
Persoalannya berapa ramai pimpinan dan rakyat negeri Selangor yang benar-benar MAHU menongkah arus, melalui ombak tentangan jahiliyyah untuk mencapai matlamat ini?! Adakah tuan/puan bersedia?

No comments:

Post a Comment