Sunday, June 27, 2010

Hari Ilmu Selangor Dapat Tumpuan Khas Sultan Selangor

Impian YB Dr. Hjh Halimah Ali untuk melahirkan budaya positif yang berpaksikan ilmu bagi mewujudkan iklim kondusif menjana masyarakat cemerlang, generasi idaman Selangor akhirnya tercapai dengan tercetusnya idea menganjurkan suatu program mega yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat daripada semua kaum daripada seluruh pelusuk negeri Selangor BERSAMA-SAMA dengan seluruh pimpinan tertinggi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang bertemakan ilmu.
Alhamdulillah, seluruh ahli MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR(EXCO) telah sebulat suara menerima pengisytiharan BULAN JUN sebagai bulan ilmu dan 26/6/10 sebagai HARI ILMU SELANGOR.Ekoran daripada keputusan kerajaan negeri ini maka YB Dr Halimah selaku PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PENDIDIKAN,PENDIDIKAN TINGGI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN KERAJAAN SELANGOR telah menggerakkan jawatankuasa dan melantik PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR sebagai urusetia MAJLIS SAMBUTAN HARI ILMU SELANGOR 2010.Maka hasil 6bulan perancangan yang melibatkan gerakan mobilisasi massa daripada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan, anak syarikat kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, ahli dewan negeri dan ahli parlimen, sekolah-sekolah, tadika,IPT, golongan belia/wanita,ketua kampung/ketua komuniti.Pendek kata seluruh rakyat dijemput bersama-sama keluarga bersantai di TASIK SHAH ALAM sambil membaca.
Konsep ini menggamitkan perhatian DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR yang telah memberi perhatian khas sambutan ini. Baginda sendiri berkenan mencemar duli berangkat merasmikan program ini kerana Baginda sendiri pencinta buku dan mempunyai banyak koleksi buku-buku.Ini menambahkan lagi semangat pihak penganjur untuk menghimpun seramai mungkin rakyat SELANGOR yang selama ini hanya berpusu-pusu datang ke program yang bersifat lagha.Adalah terlalu payah dan meletihkan menghimpun manusia ke majlis yang bersifat ilmiah!!Alhamdulillah tembok itu telah terpecah dengan kita berjaya menghimpun 14,781 peserta berdaftar untuk 'THE LARGEST OUTDOOR READING EVENT' yang telah diperakui oleh MALAYSIA BOOK OF RECORDS.Syukur Alhamdulillah.
Oleh kerana tabiat membaca masih terlalu kurang di SELANGOR walaupun ianya negeri maju dan mewar-warkan industri yang mengutamakan K-WORKERS atau pekerja yang berilmu, tetapi hakikat sebenar ialah Selangor masih belum mempunyai standard K-SOCIETY atau MASYARAKAT BERILMU dalam ertikata sebenarnya lagi.Mungkin standard Selangor melebihi negeri-negeri lain tetapi ia masih belum bersifat menyeluruh, terfokus di kawasan elit di bandar sahaja. K-SOCIETY terbit daripada K-CULTURE atau budaya ilmu. Ini bermaksud masyarakat yang membudayakan ilmu akan sekaligus menjadikan ia masyarakat yang berilmu.Masyarakat yang berbudayakan ilmu adalah masyarakat yang menguasai pelbagai ilmu teras dan tambah nilai yang memungkinkan ia melahirkan tamaddun unggul.
Visi kerajaan negri SELANGOR 2025 ialah untuk menjadikan Selangor negeri idaman,maju,sejahtera dan berkebajikan.Semua ini tidak akan tercapai melainkan dengan persiapan asasi yang paling utama iaitu ilmu. Justeru, EXCO Pendidikan melalui projek khas PROJEK JEJAK ILMUWAN Selangor mengambil langkah proaktif untuk memperkasakan lagi gerakan membaca dan menulis di kalangan rakyat SELANGOR khususnya bagin melahirkan ilmuwan-ilmuwan berkaliber tinggi di samping memaksimakan impak pengaruh ilmuwan yang sudah ada dengan menggalakkan mereka menulis segala ilmu,kemahiran dan pengalaman untuk dijadikan pedoman generasi akan datang.
Untuk memantapkan lagi penguasaan ilmu di kalangan rakyat, semua pimpinan organisasi kerajaan mahupun swasta dikehendaki memahamkan kakitangan dibawah mereka keperluan sentiasa membaca dan menghadiri mana-mana majlis ilmu yang akan mengangkatkan martabat diri mereka.Mereka juga digalakkan pembacaan dan penguasaan ilmu yang pelbagai sesuai dengan keperluan hidup harian, keperluan dinamik tugas dan tanggungjawab sebagai pekerja dan sebagai ahli masyarakat yang menjadi penyumbang corak generasi akan datang.


No comments:

Post a Comment