Saturday, June 12, 2010

Pembangunan Modal Insan Prasekolah Selangor

Dewasa ini, ramai orang daripada pelbagai latar belakang samada daripada pemimpin,pendidik mahupun ibubapa dan masyarakat umum berbicara tentang gejala sosial dan jenayah walaupun kerajaan persekutuan sering menyatakan kadar jenayah negara menurun. Pernyataan itu sukar dipercayai kerana dalam masa yang sama berita pembunuhan pembuangan bayi,rompakan,vandalisme yang mengakibatkan kerosahan kemudahan awam yang menyulitkan kehidupan masyarakat MALAYSIA.Bertambah sulit untuk diterima apabila kerajaan MALAYSIA meluluskan judi bola sepak yang dikategorikan juga sebagai sebahagian daripada gejala sosial.Bagaimana anak ketam nak jalan lurus kalau ibu dan bapa ketam berjalan lintang pukang?!
Dalam konvensyen yang telah dianjurkan JAWATANKUASA TETAP PENDIDIKAN SELANGOR dengan kerjasama MAJLIS PERMUAFAKATAN TADIKA SELANGOR(MPTS) iaitu pakatan strategik antara NGO pengusaha tadika SELANGOR termasuk PASTI, PERTIM, Persatuan TADIKA MALAYSIA dan SELANGOR: semua bersetuju bahawa pendidikan awal adalah 'crucial'/kritikal dan memberi impak berterusan sepanjang hayat.Justeru anak-anak harus dididik awal untuk menjadi insan yang berjaya dunia akhirat. Segala unsur manusiawi dalam dirinya harus dibangun dan diperkembangkan.Pembuat dasar pendidikan tidak boleh hanya melihat kanak-kanak sebagai mansuia yang hanya perlu menguasai 3M; membaca, menulis, mengira. Tidak cukup melahirkan pelajar yg hanya hafal apa yg dibaca, ditulis, dikira tetapi tidak mampu membina daya tahan apabila berdepan dengan cabaran hidup sebenar dunia diluar menjelang remaja dan dewasa.Mereka tidak mampu menentang perkara-perkara negatif yang merosak spiritual, melemah fizikal, membinasa keupayaan intelek, mengganggu kestabilan emosi dan menolak penerimaan dalam masyarakat. Mereka tidak berupaya menangkis anasir jahat yang mahu menggelapkan masa depan dan menconteng arang ke wajah ibubapa dan guru mereka.
Maka, menyedari ketempangan sistem pendidikan peringkat nasional maka JAWATANKUASA TETAP PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR telah memilih untuk memaksimakan proses pengupayaan insan termasuk di tahap prasekolah dengan mewajibkan model pembangunan modal insan Selangor (S.P.I.E.S) diterap ke dalam kurikulum prasekolah di sulruh negeri Selangor. Langkah mewujudkan MPTS ialah sebagai sendi pelaksana yang akan membangunkan data tadika dan sistem penyampai kepada/daripada prasekolah di seluruh negeri Selangor.
Berpijak dibumi realiti, proses penyerapan SPIES ke peringkat awal sekolah ini akan mengambil masa. Namun kita lebih mementingkan keberkesanan daripada hanya pengucapan retorik semata-mata.Maka proses memberi kefahaman kepada MPTS telah kita jalankan dan telah diterima baik oleh pengusaha tadika apatah lagi pakar pendidikan prasekolah yang telah berpengalaman dan tulus ikhlas mahu melihat tunas-tunas modal insan berjaya dilahirkan di SELANGOR ini.
Mudah-mudahan generasi yang kita bekalkan dengan ilmu,kemahiran,latihan yang seimbang dan sepadu yang dirumus khas dalam SPIES ini akan melahirkan GENERASI IDAMAN SELANGOR yang bebas dadah/judi/arak/jenayah/maksiat/buang anak/rasuah/rempit/ragut/rakus/rompak(multi negative R), curi/culik dsb.
JOM SERTAI gerakan membina tamaddun unggul negeri selangor.

Selangor Hub Ilmuwan, Hub Pendidikan

No comments:

Post a Comment