Wednesday, July 9, 2014

ADUN SELAT KLANG MERANGKAP EXCO PENDIDIKAN SELANGOR GESA SYABAS ATASI SEGERA MASALAH BEKALAN AIR DI PULAU KETAM

KENYATAAN MEDIA

8 Julai 2014

ADUN SELAT KLANG MERANGKAP EXCO PENDIDIKAN SELANGOR GESA SYABAS ATASI SEGERA MASALAH BEKALAN AIR DI PULAU KETAM 

ADUN Selat Klang amat sedih dan terkilan dengan kejadian berulang kali masalah paip yang membekalkan air ke Pulau Ketam sudah putus berulang kali. YB Dr Halimah mahu SYABAS menyiasat punca fenomena berulang ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya perkara ini tidak berulang. Air adalah keperluan asas. Bagi penduduk di Pulau Ketam, sumber air bersih adalah daripada bekalan air paip melalui dasar laut yang dikendalikan oleh SYABAS. Sudah tiga minggu penduduk mengalami masalah air kerana dilaporkan paip ini putus. Bayangkan kesukaran penduduk yang perlu air untuk keprluan harian, makan, minum, mandi, membersih pakaian. Perusahaan ikan, hotel, restoran dan kedai runcit semuanya terkesan akibat masalah ini. Difahamkan punca paip yang di pasang di dasar laut ini berisiko besar untuk diputuskan oleh aktiviti 'dredging' atau mendalamkan laut. ADUN SELAT Klang MENGGESA pihak berwajib pihak yang menjalankan aktiviti 'dredging' ini agar bertanggungjawab ke atas penderitaan penduduk Pulau Ketam kerana tidak cermat menjalankan tugas. Pihak bertanggungjawab untuk memantaukan keselamatan paip bekalan air kepada penduduk juga harus PROAKTIF, sentiasa peka dan ambil peduli nasib penduduk Pulau Ketam. Kecuaian akan mengakibatkan beribu penduduk merana. Saya amat berharap penduduk Pulau Ketam boleh bersabar atas rintangan hidup ini. Mudah mudahan ini kali terakhir gejala putus paip ini berlaku sebegitu lama.

Y.B Puan Dr. Halimah Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
Merangkap Adun Selat Klang

Tuesday, July 8, 2014

MAJLIS PRA-PELANCARAN HARI ILMU NEGERI SELANGOR 2014


MAJLIS PRA-PELANCARAN HARI ILMU NEGERI SELANGOR 2014


PADA 28 SYAABAN 1435H / 26 JUN 2014 (KHAMIS)
9.00 PAGI


BERTEMPAT
SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-FARABI
KG. DELEK KIRI, KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN




Assalamualaikum Warahmatullah Hi Taala Wabarakatuh

Saudara Pengacara Majlis;

Yang Berbahagia Puan Hajah Mastura Hj Muhamad
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor;

Yang Berusaha Ustaz Yazid Samsudin
Pengetua Sekolah Menengah Islam Al-Farabi;

Yang Berhormat-Yang Berhormat;

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Perpustakaan Awam Selangor;

Ketua-Ketua Jabatan;

Wartawan Dan Media;

Para Jemputan, Hadirin Hadirat  Yang Dihormati Sekalian.

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang melimpahkan kasih sayangnya yang maha luas. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kepada seluruh keluarga dan para sahabat baginda.



Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya jua kita dapat bersama-sama berkumpul di majlis yang sungguh bermakna pada pagi ini iaitu Pra-Pelancaran Hari Ilmu Negeri Selangor 2014.

i. Mukaddimah

Hadirin yang dihormati sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan  dan terima kasih kepada Yang Berusaha Ustaz Yazid Samsudin dan warga Sekolah Menengah Islam Al-Farabi atas kesudian menjadi tuan rumah bagi Majlis Pra-Pelancaran Hari Ilmu Negeri Selangor 2014 ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berbahagia Puan Hajah  Mastura Muhamad, Pengarah PPAS; Yang Berusaha Puan Suzliana Abdul Hamid, Timbalan Pengarah PPAS; serta warga PPAS yang turut sama menjayakan majlis ini, walaupun persiapannya adalah dalam tempoh yang agak singkat.

ii. Budaya Membaca

Para pelajar yang dikasihi dan hadirin yang dihormati sekalian,

Matlamat utama penganjuran Hari Ilmu Negeri Selangor yang telah dimulakan pada tahun 2010 ialah untuk membudayakan amalan membaca di kalangan masyarakat, yang mana sebahagian besarnya masih terasa asing untuk membaca pada masa terluang di tempat-tempat terbuka dan menjadi tumpuan orang ramai seperti di hentian bas, hentian komuter, kompleks membeli-belah, malah semasa menunggu lif.

Oleh itu, setelah program membaca beramai-ramai di Taman Tasik Shah Alam berjaya mengumpulkan seramai 14,271 orang peserta serta mendapat pengiktirafan “Malaysia Book of Records”, Hari Ilmu disusuli dengan pelancaran “15 Minutes Reading Break” pada tahun 2011. Konsep “Berhenti Sebentar, Jom Baca” ini diperluaskan ke seluruh daerah di negeri Selangor pada tahun 2012 di samping pengisian program-program lain seperti bicara buku, bercerita, berpuisi, dan sebagainya.

Sambutan yang amat luar biasa dari masyarakat setempat membuktikan bahawa walaupun kita masih belum setanding dengan negara maju dari segi graf pencapaian dalam budaya membaca, namun minat membaca sebenarnya tetap wujud dalam jiwa masyarakat kita.

Lihat sahaja di pesta-pesta buku peringkat antarabangsa dan negeri, kita dapat saksikan dengan jelas masyarakat dari pelbagai peringkat usia datang berduyun-duyun mencari bahan bacaan yang diminati. Bagi golongan yang bekerja, ada juga yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk datang ke pesta buku bagi mendapatkan bacaan idaman masing-masing.

Fenomena ini bukan sesuatu yang baharu. Ia sebenarnya sudah lama wujud dalam diri masyarakat Malaysia, namun kadangkala kita gagal memahami keperluan dan prasarana yang perlu disediakan bagi menyokong perkembangan budaya ini.

iii. Harapan dan Usaha Berterusan

Hadirin dan hadirat sekalian,
Jika United Kingdom menjadi pelopor dalam Hay Festival, bermula dengan pekan bukunya Hay-on-Wye yang sejak tahun 1988 sentiasa menjadi tumpuan untuk festival sasteranya dan kini dikenali sebagai “National Book Town of Wales”, kita di Malaysia atau Selangor khususnya perlulah mempunyai budaya Iqra’ yang beridentiti tempatan, apatah lagi  amalan membaca ini sememangnya telah difardhukan kepada kita umat Islam.

Kerajaan negeri akan sentiasa menyokong usaha ke arah merealisasikan Selangor sebagai Hub Ilmuan, Hub Pendidikan dan bersedia membantu dari sudut keperluan kewangan. Penekanan akan diperluaskan meliputi penduduk desa dengan mempertingkatkan prasarana dan membaikpulih perpustakaan-perpustakaan desa dengan konsep penjenamaan semula, dan menambah bilangan Pusat Siber Rakyat.

Begitu juga dengan pihak GLC, NGO, korporat dan swasta, serta wartawan media cetak dan elektronik. Mereka juga seharusnya melibatkan diri menyokong sama ada dari aspek kewangan, tenaga dan kepakaran masing-masing.
Kita juga tidak lupa akan peranan ibu bapa dan guru-guru yang bertanggungjawab  dalam melahir dan membentuk lebih ramai ulul albab yang akan meralisasikan hasrat negeri ini sebagai baldatun toyyibatun wa rabbun ghaffur.

Hari Ilmu Negeri Selangor adalah satu hari khusus yang diperuntukkan bagi kita meraikan budaya mencintai ilmu dan amalan membaca di kalangan rakyat Selangor, dan in shaa Allah, akan menjadi trendsetter ke arah pembentukan insan yang cemerlang dan seimbang dari segi spiritual, fizikal, intelektual, emosi dan sosial.

Dan untuk itu dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Pra-Pelamcaran Hari Ilmu Negeri Selangor 2014.






Prestasi Yayasan Selangor dalam bidang pendidikan

18 Jun 2014 (RABU)
“Prestasi Yayasan Selangor dalam bidang pendidikan semakin melonjak sejak 2009 di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat  ”

Kerajaan Selangor berbangga dengan pencapaian Yayasan Selangor dalam misi merakyatkan pendidikan. Yayasan Selangor telah melaksanakan amanah dan tanggungjawab terhadap pendidikan Negeri Selangor lebih 40 tahun. Walaubagaimanapun, Yayasan Selangor mulai melebarkan fungsi dan peranan pada tahun 2009. Buat julung kalinya, Yayasan Selangor mula menaja pelajar-pelajar pintar (lepasan PMR) dari sekolah aliran agama. Sebanyak 6 buah sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) telah dipilih bagi melaksana projek rintis ini. Program ini telah membuahkan hasil apabila keputusan SPM yang diumumkan menunjukkan peningkatan saban tahun.
Pencapaian Akademik
KPI PMR         –    80%  pelajar mencapai keputusan 5A ke atas
-          60% pelajar mencapai keputusan 5A ke atas

Tahun
PMR
SPM
Catatan
2008
64.5 %
30.2 %
Keputusan PMR dan SPM tidak mencapai KPI
2013
80.0 %
64.3 %
Keputusan PMR dan SPM melepasi KPI

Penambahan bilangan sekolah dan pelajar
Tahun
Bilangan sekolah
Bilangan
Pelajar
Catatan
2008
24 buah
1409 orang
Asrama Pusat   – 17 buah sekolah
Asrama Daerah – 9 buah sekolah
2013
121 buah
5017 orang
Asrama Pusat    –   7 buah sekolah
Asrama Daerah – 20 buah sekolah
Asrama Agama – 15 buah sekolah
Sekolah Harian –   79 buah sekolah

* Penambahan sekolah telah melonjak peningkatan bilangan pelajar







Penambahan bilangan kelas bimbingan

Tahun
Bilangan sekolah
Bilangan
Kelas Bimbingan
Catatan
2008
24 buah
17,400 jam setahun
Asrama Pusat   –  8,400 jam
Asrama Daerah – 9,000 jam

2013
121 buah
28,000 jam setahun
Asrama Pusat    – 2,000 jam
Asrama Daerah – 20,000 jam
Asrama Agama – 6,000 jam
Sekolah Harian –   79 buah sekolah

* Penambahan sekolah telah melonjak peningkatan jumlah `contact hour’kelas bimbingan

Program Pelajar

Tahun
Program Akademik
Program Pembangunan Pelajar
2008
1.   Kelas Bimbingan
2.   Seminar Kecemerlangan PMR
3.   Seminar Kecemerlangan SPM
4.   Jalinan Mesra Guru Penyelaras
1.         Program Kepimpinan Pelajar
2.         Lawatan Gemilang
3.         Jalinan Kasih Tingkatan 5
4.         Pertandingan Nasyid
5.         Pertandingan  Debat & Pidato
6.         Sukan Tahunan Pelajar Asrama
7.         Kelas Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain
2014
1.   Kelas Bimbingan
2.   Latih Tubi Terkawal (LTT)
3.   Seminar Kecemerlangan PMR
4.   Seminar Kecemerlangan SPM
5.   Jalinan Mesra Guru Penyelaras
6.   `Easy Maths’ Tingkatan 4 & 5

1.         Program Kepimpinan Pelajar
2.         Lawatan Gemilang
3.         Semarak Kasih Tingkatan 5
4.         Festival Nasyid Yayasan Selangor
5.         Pertandingan  Debat & Pidato Piala Pengurus Besar YS
6.         Karnival Sukan Pelajar Asrama
7.         Kelas Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain
8.         `Set Your Goal’ (SEYOGO)
9.         ‘A Journey To Success’ (AJOTOSU)
10.      `Psychological Enhancement’
          (Karisma Kendiri)
11.      `English Summer Camp’
12.      Kem Generasi YS
13.      Program Hafazan (Projek Rintis AYSSB)


YB Dr Hjh Halimah Ali
EXCO Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan
Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor
Merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan & Modal Insan Yayasan Selangor