Tuesday, June 22, 2010

Adakah Malaysia mempunyai pelan strategik pendidikan yang bermakna?!

Kenapakah Malaysia sentiasa menyaksikan perubahan dasar yang begitu kerap oleh pemerintah yang dari parti politik yang sama?

Contoh
Isu PPSMI yangb telah menelan belanja berjuta-juta ringgit dan persiapan latihan guru yang masih tidak menyeluruh dan menyebabkan jurang pencapaian pelajar di bandar -luar bandar semakin melebar, guru-guru sendiri masih tidak mahir berbahasa Inggeris inikan pula nak mengajar murid istilah-istilah sains dan matematik. Kelam kabut dibuatnya. Saya mendapat maklumbalas daripada ibubapa bahkan guru sendiri.

Sekarang timbul isu hapuskan peperiksaan awam UPSR/PMR

Pendapat saya, sebagai sebuah kerajaan yang sudah lebih setengah abad umurnya. sepatutnya perkara yang melibatkan seluruh negara mengambilkira keperluan mempastikan perkembangan dan pembangunan mampan dan kepelbagaian demografi dan desakan hidup masakini. Kerajaan Malaysia sepatutnya sudah mengkaji, membedahsiasat sejauh manakah keberkesanan sistem pendidikan yang digunapakai selama ini.Secara TUNTAS bukan 'piecemeal'.
Kerajaan Malaysia harus berlapang dada dan benar dalam tindakan.Harus MAHU menerima segala statistik dan fakta tentang natijah proses pendidikan separuh abad ini.Patutkah meneruskan sistem dualisme pendidikan yang ditinggalkan penjajah BRITISH 52 tahun yang lepas walaupun menghabiskan banyak duit rakyat melaung merdeka tetapi sistem pendidikan masih meneruskan ideologi penjajahan British.Paling menyedihkan di bidang kritikal membina anak bangsa!!
Kerajaan Malaysia harus menganalisa kenapakah fenomena berat sekolah kebangsaan semakin tidak diminati oleh rakyat pelbagai kaum termasuk kaum Melayu?Semakin ramai anak Melayu dihantar ke sekolah agama rakyat yang pendekatan pendidikannya holistik dan mengambilkira keperluan total insan itu.Walaupun ibubapa yang kurang mampu, mereka membanting tulang memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang tidak memisah pengajaran dan pembelajaran keperluan dunia dan keperluan akhirat. Inilah contoh dan punca utama kecelaruan di kalangan pelajar Islam yang dididik melalui SISTEM SEKULAR ini.
Kaum Tionghua pula berkeras merasakan pendekatan atau sistem pendidikan di SJKC/SJKT lmenghasilkan pelajar yang lebih disiplin, kurang kerenah, selamat daripada tersisih di negeri tempat lahirnya kerana perkataan perkauman dan untuk mengekal bahasa dan budaya mereka masing-masing.
Isu pokok seperti ini harus dilihat secara terperinci dan objektif oleh KEMENTERIAN PELAJARAN khususnya dan kerajaan MALAYSIA amnya. Kerajaan Persekutuan harus mencarinkan apakah ISU POKOK SEBENAR dalam pendidikan seluruh rakyat di MALAYSIA. Bukan hanya melontarkan idea-idea dan membuat kenyataan demi kenyataan walhal sebenarnya bajet untuk kementerian pelajaran sudah di potong hingga 30 0/0


No comments:

Post a Comment