Monday, July 5, 2010

RM10,000TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR SELANGOR TIMUR TENGAH


Pegawai JAIS Us. Halim yang menjaga hal ehwal pelajar di JORDAN,MESIR dan MOROCCO telah berjumpa EXCO PENDIDIKAN TINGGI SELANGOR, YB DR HJH HALIMAH ALI di pejabatnya pada 5/7/10 untuk berbincang tentang keperluan tabung kebajikan untuk pelajar-pelajar di TIMUR TENGAH.Katanya kali terakhir Lembaga Zakat Selangor menyumbang ialah 2006....Allah'alam.
Yang jelas pelajar Selangor agak ramai belajar di sana. Ada yang menghidap kanser payu dara, TB dan ada yang kemalangan jalanraya.Pendek kata ramai yang memerlukan bantuan kerana dibiayai sepenuhnya oleh ibubapa. YB EXCO telah menghubungi terus pegawai LEMBAGA ZAKAT SELANGOR yang bertanggungjawab, Us Latif dan beliau telah berjanji akan menyalurkan sebanyak RM10,000 ke tabung SELANGOR.Alhamdulillah


ANUGERAH KHAS EXCO PENDIDIKAN SELANGOR


Semasa lawatan kerja EXCO PENDIDIKAN TINGGI SELANGOR,YB DR HALIMAH ALI ke Mesir baru-baru ini, beliau telah mengumumkan insentif bagi pelajar yang mendapat MUMTAZ secara keseluruhan setahun akademik akan diberi ANUGERAH KHAS EXCO PENDIDIKAN TINGGI SELANGOR.
Ini adalah sebagai galakan untuk semua pelajar Selangor daripada mana-mana jurusan agar menitikberat soal pembelajaran.
Pegawai JAIS yang bertugas di Mesir akan memberi laporan lengkap termasuk syakhsiyyah pelajar berkenaan

Saturday, July 3, 2010

Adakah Kerajaan Malaysia mampu melahir nilai ilmu

Buang ke tepi politik sebentar, cuba kita lihat secara rasional bukan emosional. Gejala-gejala negatif yang berlaku sekarang ini dalam masyarakat kita di Malaysia ini memberi signal apa? Mereka yang sudah larut dalam kancah maksiat dan dosa ini hasil daripada pendidikan bagaimana? Anak-anak remaja yang seolah-olah tidak kenal batasan agama, tidak tahu apa itu halal apa itu haram natijah daripada proses pendidikan yang bagaimana? Kalau kerajaan Malaysia mengatakan iianya disebabkan oleh kelalaian ibubapa dan masyarakat setempat yang tidak peka dan tidak prihatin hal ehwal din persekitaran tempat tinggal.Persoalannya bukan ibubapa dan juga jiran tetangga itu dididik oleh KERAJAAN yang SAMA selama ini?
Pendek kata, bedah siasat yang menyeluruh tentang keberkesanan sistem pendidikan di MALAYSIA yang sebenarnya masih mengamalkan SISTEM PENDIDIKAN YANG DIWARISKAN OLEH PENJAJAH.Iiatu sistem dualisme. Anak-anak yang belajar fardhu ain di sekolah KAFA pun tidak terjamin tidak akan terjebak dalam gejala sosial apabila meningkat remaja.Beratus juta ringit telah hangus untuk menyokong proses pembelajaran dan pengajaran yang digunakan oleh kerajaan persekutuan ini. Maka untuk menjamin modal insan yang berkualiti, kemeterian Pelajaran khsuusnya dan kerajaan Malaysia amnya harus mengambil tindakan drastik membetulkan kepincangan dalam sistem pendidikan negara. Bukan secara retorik politik sahaja. Jangan hanya melihat sudut kecil sahaja seperti pemansuhan UPSR dan PMR. Perlu fokus kepada yang lebig utama dan bersifat 'vital' atau kritikal iaitu persoalan asas: adakah cara KERAJAAN MALAYSIA mendidik seorang insan hari ini AKAN MEMUNGKINKAN beliau menjadi orang lengkap daripada ilmu dan kemahiran untuk hidup berjaya, menjadi seorang modal insan yang produktif dan efektif yang akan menguntung dirinya sendiri, keluarga serta masyarakat dan seterusnya negeri. Adakah sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kerajaan sekarang ini boleh menjaminkan seorang pelajar itu akan menjadi modal insan cemerlang dan mampu mencegahnya daripada 'insan liabiliti' yakni insan yang merugikan diri,keluarg,masyarakat, negeri dan negara kerana terjerat dalam kompleks gejala sosial.
Ada baiknya sekiranya Kementeria Pelajaran Malaysia bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor untuk membangunkan satu sistem pendidikan baru yang menagmbilkira semua unsur asas dalam pembangunan modal insan yang di perkenal sebagai model S.P.I.E.S.tm. Model ini mengintegrasikan perkembangan dan pembangunan modal/potensi spiritual (S); modal 'physical'(P);modal intelek(I); modal emosi(E) dan modal sosial(S) yang saling lengkap melengkapi untuk menjadikan manusia yang bersifat makhluk bermasyarakat hidup bahagia dan harmoni.
Dalam model ini elemen Intelek ini diperkembangkan lagi kepada penguasaan bukan sahaja hanya 3M(membaca,menulis,mengira) seperti yang digunapakai oleh negara sekarang ini tetapi penguasaan 5M. 3M sahaja tidak mencukupi. Justeru, EXCO Pendidikan negeri SELANGOR telah memperkenalkan tambahan 2M iaitu penguasaan kemahiran memikir(pemikiran analytikal, kritikal,kreatif,parallel dsb) dan mengamalkan ilmu dan kemahiran.
Kita bukan sahaja mahu anak-anak pandai tetapi mampu menyelesaikan masalah dan mengrus hidup dengan baik kerana mampu mengamalkan apa yang mereka sudah tahu. Cakap serupa Bikin'. Kita mahu membudayakan falsafah ini untuk menjulangkan Selangor ke peringkat yang lebih tinggi.
Apa salahnya kerajaan pusat bersinergi dengan niat murni kerajaan Selangor ini untuk sama-sama membangunkan Malaysia ke tahap yang akan menguntungkan semua rakyat insyaallah.

Pertandingan Menulis BUKU SKRAP

Untuk menyemarakkan minat dan tabiat menulis di kalangan rakyat SELANGOR, EXCO Pendidikan melalui PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR telah menganjurkan pertandingan tulisan buku skrap bertajuk 'JEJAK ILMUWAN'. 400 peserta daripada pelbagai sekolah di seluruh Selangor. Meliputi sekolah rendah dan kategori sekolah menengah.
Komitmen guru-guru yang membimbing pelajar ini juga amat dihargai dan sekalung tahniah kepada guru-guru yang tulus membantu mencorak anak bangsa ini.
EXCO Pendidikan Selangor, YB DR HJH HALIMAH ALI mahu melihat seramai mungkin penulis-penulis dilahirkan di Selangor dalam masa terdekat. Bakat terpendam mereka harus dicungkil agar kreativiti penulisan mereka boleh menambahkan lagi kuantiti dan kualiti bahan bacaan serta sumber ilmu di Selangor ini.Generasi muda yang kita pupuk minat dan kesedaran menulis di peringkat awal sudah tentunya boleh melonjakkan lagi penghasilan karya-karya dan sumber rujukan ilmu di Selangor ini.Kita berdoa impian untuk menjadikan Selangor ini HUB ILMUWAN HUB PEBNDIDIKAN akan kesampaian jua insyaallah.Amin

GERAKAN MENULIS SELANGOR-buku skrap


Untuk menjadi Selangor sebagai HUB ILMUWAN HUB PENDIDIKAN selain daripada GERAKAN MEMBACA PERDANA yang telah dijayakan pada HARI ILMU SELANGOR 26/6/10, EXCO PENDIDIKAN,PENDIDIKAN TINGGI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGERI SELANGOR telah memulakan GERAKAN MENULIS PERDANA.
Gerakan Menulis Perdana ini mendapat restu daripada DYMM SULTAN SELANGOR yang telah menandatangani tanda pengiktirafannya kepada projek khas ini.Buku mega yang akan ditulis oleh sekurang-kurangnya seribu orang akan dimulakan oleh YAB DATO'MENTERI BESAR, YB-YB semua EXCO, ADUN, AHLI PARLIMEN, Pegawai-pegawai kerajaan, DATUK BANDAR/YDP/Pegawai daerah/Pengarah/ketua jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta, pensyarah/OBD,penghulu;ketua kampung;ahli majlis;guru/pelajar/pekerja kilang/ladang; petani, peladang,nelayan,suri rumah,NGO, dll. Semua kaum dilibatkan.
TAJUK BUKU ialah SELANGOR NEGERI IDAMAN, MAJU,SEJAHTERA DAN BERKEBAJIKAN. Akan ditulis selama 6bulan untuk dipersembahkan kepada DYMM SULTAN pada HARI ILMU SELANGOR JUN 2011 insyaallah. Bagi sesiapa warga SELANGOR yang berminat sila hantar tulisan anda ke PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR SHAH ALAM yang dilengkapi dengan nama penuh dan no.kad peneganalan serta alamat.