Tuesday, December 17, 2013

MAJLIS HARI MAHASISWA SELANGOR 12.12.13


MAJLIS HARI MAHASISWA SELANGOR



BANGI, 12 Disember 2013 : Mahasiswa merupakan aset penting dalam mencorakkan pembangunan Negara. Maka dengan itu, YB Dr. Hajah Halimah Ali telah mengambil inisiatif memilih tarikh 12 Disember sebagai Hari Mahasiswa. Hari Mahasiswa anjuran Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS) telah di hadiri seramai 800 orang mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai kampus sekitar lembah Klang. Turut hadir pada majlis tersebut wakil persatuan mahasiswa dan juga NGO seperti Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS UM),Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA),Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS).


Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan serta pengiktirafan kepada mahasiswa dalam mencorakkan masa depan negara pada masa akan datang. Kerajaan Negeri Selangor melihat mahasiswa sebagai agen perubahan “the centre of excellent” dalam membangunkan masyarakat. 





Dalam satu majlis ringkas tersebut, Dr Hajah Halimah Ali telah berucap dengan mahasiswa daripada pelbagai kampus serta beberapa wakil NGO.Antara initipati ucapan beliau, Dr Hajah Halimah Ali telah menjelaskan hala tuju Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berpandukan matlamat Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan. Tegas beliau lagi, Mahasiswa hari ini adalah tonggak utama dalam mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Untuk menjadi cemerlang aspek yang perlu diambil perhatian ialah keseimbangan  elemen spiritual, fizikal, intelektual, emosi dan sosial dalam diri seseorang mahasiswa.


Bertemakan  “Mahasiswa Cemerlang Tonggak Negara” semua mahasiswa digesa untuk sentiasa berperanan dalam masyarakat. Mahasiswa tidak hanya aktif diperingkat kampus malahan perlu turun ke lapangan  untuk memberi khidmat bakti  kepada masyarakat. Antara program-program yang telah berjaya dilaksanakan oleh Ecxo Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama  Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS) ialah bakti siswa, pentas mahasiswa, dialog pimpinan, seminar kejaya, spies mahasiswa dan banyak lagi.
.
 Kolej Antarabangsa INPENS telah dianugerahkan sebagai kolej contoh kerana penglibatan aktif seluruh mahasiswanya terhadap masyarakat menerusi program bakti siswa. Penganugerahan ini menjadi pembakar semangat kepada mahasiswa yang lain untuk turut aktif dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat.