Saturday, October 23, 2010

Kerajaan SELANGOR komited bantu sekolah semua kaum :giliran SJKC



Kerajaan Selangor dalam usaha membentuk satu masyarakat yang mampu menjana tamaddun perlu menitikberatkan segala aspek pendidikan. Mengiktiraf kewujudan dan peranan pelbagai kaum dan bangsa yang memerlukan kepada pelbagai jenis sekolah sekarang ini, kerajaan negeri tampil membantu sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan untuk menampung keperluan asas seperti kesempurnaan infrastruktur dan kemudahan awam seperti tandas.
Justeru. kerajaan Selangor telah mengagihkan RM 4JUTA untuk SJKC yang diberi melalui 2 fasa pada 2010 ini.Fasa pertama ialah pada APRIL 2010 dan fasa kedua 1610/10 di SEKOLAH TSHING NIAN PELABUHAN KLANG sebagai hos.
Majlis anjuran kerajaan melalui EXCO PENDIDIKAN NEGERI telah selamat disempurnakan oleh YAB DATO'MENTERI BESAR SELANGOR dan dihadiri oleh para EXCO, AHLI PARLIMEN dan ADUN serta pegawai daerah, YDP MPK serta pegawai-pegawai kerajaan, persatuan-persatuan CINA, wakil-wakil SJKC di Selangor yang memenuhi dewan SCKC tersebut.
Peruntukan RM4JUTA ini diteruskan lagi dalam bajet 2011