Thursday, February 27, 2014

PROGRAM SOLAT ISTISQO' (SOLAT MINTA HUJAN)


SHAH ALAM 27 FEB : Dataran Kemerdekaan Shah Alam pagi ini diiringi tangisan air mata hadirin saat mengaminkan doa memohon hujan yang dibacakan Ustaz Nazmi Abdul Karim.
munajatTidak kurang juga yang kelihatan begitu khusyuk dan bersungguh-sungguh saat menunaikan solat hajat Istisqa’ yang diketuai Imam Masjid Negeri, Syeikh Abdul Karim Omar Al-Fatani.
Seorang eksekutif, Zulkefli Nani 45, menyifatkan kehadiran beliau bersama anggota keluarga yang lain merupakan satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan sebagai warga Selangor.
“Walaupun di tempat tinggal saya di Seksyen 7 masih terselamat tanpa penjadualan air dan masalah lain, namun saya rasa ini adalah tanggungjawab bersama.
munajat“Lebih-lebih saya sendiri lihat bagaimana peritnya mereka yang mengalami masalah bekalan air selama beberapa minggu ini,” katanya yang turut menganggotai badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care.
Hampir 1, 000 hadirin memenuhi ruang dataran bagi menunaikan solat hajat Istisqa’ yang dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS).
munajatMajlis solat hajat berkenaan turut disertai Exco Negeri, Dr. Halimah Ali, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud dan Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.
Halimah berkata jika cuaca panas dan kering berterusan serta menyebabkan keadaan bertambah kritikal, solat hajat Istisqa’ kemungkinan akan dianjurkan di kawasan empangan.
“Kita juga melibatkan pelajar tahfiz, semoga dengan berkat doa mereka ini mudah diperkenankan Allah bagi membantu kita semua menghadapi keadaan seperti sekarang,” katanya.
b4Sebelum ini, beberapa kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya terputus bekalan air dan tekanan rendah disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran cuaca panas kering dan kekurangan hujan.
Pada 24 Februari lepas, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan program penjadualan air di seluruh Selangor bagi memastikan bekalan air berterusan.

Wednesday, February 19, 2014

PELANCARAN KAFA MENENGAH DAERAH KUALA SELANGOR

KUALA SELANGOR 8 FEB : Penubuhan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) ke peringkat menengah oleh Kerajaan Negeri adalah perintis kepada usaha meletakkan sistem pendidikan Islam di negeri itu ke persada arus perdana.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata usaha terancang itu juga bertujuan memastikan kesinambungan pendidikan Islam dalam pembentukkan sahsiah diri pelajar tercapai.
IMG_2440a“Ini adalah proses memperkenalkan kembali Islam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W sebagai ad-din iaitu cara hidup yang syumul.
“Proses melahirkan modal insan yang cemerlang agamanya ini memakan masa yang panjang. Jadi, pengorbanan dan keterlibatan guru, ibu bapa dan masyarakat perlu dijana dari sekarang,” katanya.
Halimah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian KAFA Menenggah di Sekolah Rendah Agama (SRA) Saujana Utama di sini baru-baru ini.
Hadir sama Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam JAIS, Mohd Amir Danuri dan Guru Besar SRA Saujana Utama, Samsiah Alias.
Majlis turut dihadiri 30 pelajar yang mengikuti KAFA Menengah di situ bersama ibu bapa masing-masing.
Kafa menengahBermula tahun ini, Kerajaan Selangor menggerakkan pembelajaran KAFA peringkat Menengah di sembilan buah Sekolah Rendah Agama (SRA) sedia ada.
KAFA Menengah di SRA Saujana Utama ini adalah salah satu daripadanya.
Projek perintis tersebut dilihat selaras dengan manifesto Pakatan Rakyat (PR) Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu bagi melanjutkan KAFA ke peringkat menengah di seluruh negeri itu.
Penubuhannya juga disifatkan sebagai ‘tiket tambahan’ kepada pelajar yang tidak berpeluang mengikuti pengajian sekolah agama menengah negeri atau persekutuan.
Keputusan itu diambil berikutan permintaan tinggi kepada sekolah menengah agama yang ketika ini kurang di Selangor.
“Ramai pihak yang mempersoalkan, kenapa Kerajaan Selangor tidak membina Sekolah Menengah Agama yang serba lengkap. Kenapa hanya menumpang di SRA?
“Jawapannya, Kami (Kerajaan Negeri) berpijak dibumi yang nyata, belanjawan kami (negeri) terbatas. Saya selaku exco pendidikan bagi penggal kedua ini kalau boleh semua benda mahu buat,” kata Halimah.
Katanya, sikap Kerajaan Pusat yang menganaktirikan Selangor sejak 2008, sedikitpun tidak mematahkan semangat Kerajaan Negeri untuk terus memperkasa sistem pendidikan di negeri itu.
“Jadi, kalau ‘bapa tiri’ berkira-kira untuk beri, pandai-pandailah Selangor jaga diri.
“Hasil jimat cermat dan perbelanjaan yang cekap, Kerajaan Negeri terus berjaya dan berjaya mengandakan rezab simpanannya. Sumber itu yang kita guna untuk majukan sistem pendidikan,” jelasnya.

Tuesday, February 4, 2014

KARNIVAL JELAJAH GENERASI IDAMAN SELANGOR (GeMS) KUALA SELANGOR



JADUAL PROGRAM JELAJAH GEMS

TARIKH : 7 FEBUARI 2014 (JUMAAT)
MASA
ACARA
AKTIVITI
LOKASI
8.30 Pg -11.30 Pg
Majlis Dialog
“MENGEHSANKAN INSAN NEGERI SELANGOR”
-           Moderator : Dr Ruziah
-           Panel : YB Halimah,DO,YDP
-       Perbentangan
-       Soal Jawab Bersama Panel
-       Perbarisan Briged Amal
-       Pelancaran Briged Amal Kuala Selangor
Stadium Tertutup
9.00 Pg -11.00 Mlm
-       Pameran Jabatan/ Agensi
-       Program MES
-       Gerai
-       Kaunter Perkhidmatan
-       Jualan
-       Pameran
Stadium Tertutup/Perkarangan
12:30 tghari – 2.30 ptg
Solat Jumaat

Masjid Kuala Selangor
2.30 ptg -5.30 Petang
SPIES D’Villge
-       Kem Bola Kaki Bola
-       Taklimat Ringkas program SPIES
Stage/ khemah utama
2.30 Ptg
Lawatan Dan Pelancaran KAFA Menengah di Saujana Utama
Lawatan Kafa Menengah Dan
Perasmian Kafa Menengah
KAFA Menengah Saujana Utama
3.30 Ptg – 7.00 Mlm
Program Santai Permotoran Belia (SPB)
-       Permotoran
Track Permotoran perkarangan stadium
6.30 Ptg
Zikir Munajat
-           UNIC
Alunan Zikir
Stage/ khemah utama
7.00 Mlm – 9.00 Mlm
 ‘Kuala Selangor Berselawat’
-       Solat Maghrib (Ust. Syeikh Abdul Karim)
-       Tazkirah Ringkas (PAID)
-       Solat Isyak (Paid)
-       Solat Hajat (Ust. Syeikh Abdul Karim)
Stage/ khemah utama
9.00 Mlm -11.00 Mlm
Forum
‘Insan Ehsan’

Moderator :
-           Ustaz Eylas
Panel :
-           Ustaz Fauzi
-           Ustaz Haslin Bahrin
-           Ustazah Norlaila Aniza
Bicara Santai Mengupas Isu-isu Kekeluargaan GeMS Secara Holistik.
Stage/ khemah utama

TARIKH : 8 FEBRUARI 2014 (SABTU)
MASA
ACARA
AKTIVITI
LOKASI
9.00 Pg – 11.00 Pg
Pertandingan Melukis Dan Mewarna
1.        Mewarna Kategori Umur 4-6 Tahun
2.        Melukis Dan Mewarna Kategori Umur 7-12 Tahun
Khemah Melukis dan Mewarna
9.00 Pg – 10.30 Pg
Forum Santai ‘Parenting Skill’
-          Anugerah Pelajar Cemerlang
Moderator :

Panel :
1.          Ustaz Shukri
Forum Santai Ibu Bapa
Stage/ khemah utama
9.00 Pg
Kayuhan Basikal Klasik
1.        Konvoi Berbasikal Dari Bukit Melawati Ke Stadium K. Selangor
2.        Pelepasan Oleh YB Dr Ahmad Yunus
Laluan Dari Bukit Melawati Ke
Masjid Sultan Ibrahim Menuju Ke Stadium K. Selangor
9.00 Pg  - 1.00 Ptg
Jom  Kerja
Walk-In Interview Daripada jabatan kerajaan dan syarikat swasta
Stadium Tertutup
9.00 Pg – 11.00 Mlm
Gerai Jualan
Pameran
Sopa Dupa

Basah – Stadium Tertutup
Kering – Stadium Terbuka
9.00 Pg –7.00 Ptg
Bakti Siswa
1.        Rawatan Muka
2.        Tukar Minyak Hitam Motosikal
3.        Sukaneka (Terbuka)
Pelajar Kolej Inpens,Unisel Dan MPMS
Menyantuni Masyarakat

Tapak Perkarangan Stadium
2.00 Ptg
Majlis Pentauliahan Penggerak Belia Tempatan
2.00 ptg pendaftaran
4.00 petang perasmian, tayangan video, ikrar pebt, 300 org, mengiringi MB ke stage utama simbolik mnggunakan flying fox penyerahan pentauliahan pebt.
Stadium Tertutup
10.00 Pg
Gerakan Baca Perdana
-       Dj Mansor
 15 Minute Reading Break
Stadium kuala selangor
10.30 Pg – 12.00 Tghari
Forum :
Jejak Ilmuwan
Bicara Santai
Moderator : Pn Munaizah
Panel :
1.        (Penerima Anugerah Maulidul Rasul)
2.        VOU
3.        Prof. Latif

Stage/ khemah utama
12.00 Tgh Hari – 2.30 Ptg
Spies D’Village
1.        Talent Show
2.        Demonstrasi Memasak
3.        Gubahan Bunga (2.30 P.M)
1.        Pidato, Sajak, Membaca
Stage/ khemah utama
2.30 Ptg – 5.30 Ptg
Program Santai
-           Auto Show
-           Flying Fox
-           Cub Prix

1.        Perkarangan Stadium
2.        Padang Stadium
3.        Litar Rakyat
3.00 Ptg – 6.30 ptg
Sukaneka

Padang B
7.00 Mlm – 7.30 Mlm

Zikir Munajat

-
Stage/ khemah utama
7.30 Mlm – 9.00 Mlm
-       Solat Maghrib
-       Tazkirah Ringkas
-       Solat Isyak

Stage/ khemah utama
9.00 Mlm – 11.00 Mlm
Sembang Santai
‘Hijrah’

Ucapan Yb Halimah
Persembahan
-           Hafiz Hamidun
Sembang Santai
Moderator :

Panel :
-           Ust. Syed Kader Al Juffry
-           Diyana Amir
-           Ustazah Isfadiah
-           PU Salman
Stage/ khemah utama