Wednesday, December 1, 2010

PROJEK JEJAK ILMUWAN SELANGOR MELANGKAU KE ARENA ANTARABANGSA

SUBANG JAYA
29/11/10-1/12/10
Alhamdulillah kerajaan Selangor telah sekali lagi berjaya menganjurkan program ilmu peringkat antarabangsa yang diurusetiakan oleh KUIS, IKATAN ILMUWAN SELANGOR dan PERSATUAN MUSLIM INTELLEKTUAL MALAYSIA iaitu INTERNATIONAL ISLAMIC EDUCATION CONFERENCE 2010.
Bertema : Islamic Education: Planning For the Future in the Muslim World
Peserta:250
(peserta luar negara: 50 orang)
Kertas pembentangan 140 kertas

Konferens ini terhasil daripada resolusi WORLD COME 2009 atau Conference on Muslim Education yang dianjur tahun lepas di mana INTERNATIONAL ACADEMY ON ISLAMIC EDUCATION(IAME) dilahirkan dan ia telah diletak di KUIS dan menjadi institusi yang akan mengambil tindakan lanjut berkaitan dengan pendidikan Islam seantero dunia. Justeru, konferens yang baru berlangsung selama 3 hari telah dirasmikan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali selaku EXCO PENDIDIKAN TINGGI SELANGor yang mewakili DATO' MENTERI BESAR SELANGOR.
Di antara tokoh ilmuwan terkenal Sheikh Dr Ramadhan Al Bouti daripada Syria telah memberi ucaptama dalam konferens tersebut dengan tajuk yang berkisar pendidikan di zaman Nabi s.a.w

No comments:

Post a Comment