Thursday, December 30, 2010

Ilmuwan sepatut dijadikan IKON remaja belia


MAJLIS ANUGERAH TOKOH ILMUWAN NEGERI SELANGOR

28 DISEMBER 2010 bersamaan 22 MUHARRAM 1432H

Dewan Jubli Perak, SUK Selangor, 40000 Shah Alam

Anugerah Tokoh Ilmuwan Negeri Selangor 2010 adalah julung-julung kali diadakan sempena Program Jejak Ilmuwan Negeri Selangor. Program ini adalah merupakan sebahagian daripada Program Jejak Ilmuwan Negeri Selangor.

Anugerah ini adalah bertujuan untuk menonjolkan Ilmuwan di kalangan masyarakat serta menghargai usaha dan bakti mereka di dalam pembangunan masyarakat.

Pemilihan tokoh Ilmuwan adalah berdasarkan faktor-faktor seperti berikut:

a) Kepakaran dan kemahiran di dalam sesuatu bidang dan diperakui oleh badan-badan yang diiktiraf

b) Mempunyai keperibadian yang baik dan wajar dicontohi

c) Mempunyai imej dan rekod yang baik di dalam masyarakat (bebas dari rekod jenayah)

d) Memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat.

Untuk tahun 2010, Anugerah ini diberikan kepada Profeseor Dr Muhaya Mohamad, yang merupakan seorang pakar di dalam bidang Oftamologi. Beliau juga terkenal sebagai pakar motivasi dan mempunyai slot rancangan beliau sendiri di saluran Astro Ria iaitu rancangan ” Dari mata ke hati”.

Profil Penerima Anugerah Tokoh Ilmuwan Negeri Selangor 2010

  • PERJALANAN kerjayanya untuk mendaki ke puncak dilihat begitu mudah. Sebaik menamatkan kursus doktor pelatih pada 1986, Prof Dr Muhaya Muhamad ditawarkan oleh Datuk Dr Mohd Nor Marahakim, yang digelar Bapa Oftalmologi Malaysia menjadi pensyarah pelatih di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    Dalam masa enam tahun selepas mendapat ijazah doktor falsafah pada 1991, beliau dilantik menjadi Pakar Mata dan pensyarah Jabatan Oftalmologi, UKM
  • Memperoleh Fellowship dalam bidang Uveitis dari Hospital Mata Moorfields di United Kingdom pada 1998, manakala kelulusan PhD dari University of London dalam bidang Ocular Immunology.
  • Anak Malaysia terunggul pakar dalam bidang Uveitis. Beliaulah yang memulakan perkhidmatan Uveitis dan terapi immunosuppressive untuk penyakit mata autoimun di Malaysia. Kini, Prof. Muhaya dianggap sudut rujukan dalam bidang pengurusan penyakit uveitis sejak 1998. Beliau juga memberi latihan doktor pakar oftalmologi tempatan khususnya dalam bidang uveitis.
  • Pada 2005, Prof Muhaya dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Khas Terunggul (Special Distinguished Service Award) oleh Akademi Opthomologi Asia Pacifik (APAO) sempena Kongres APAO ke-20 yang diadakan di Kuala Lumpur.
  • Kini beliau adalah Perunding Pakar Bedah Mata selain menyandang jawatan Ketua Pusat Mata dan Lasik di Pusat Perubatan Prince Court; Profesor Oftalmologi di Universiti Kebangsaan Malaysia, serta Profesor Ajung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
  • Pengerusi Persatuan Doktor Mata Persatuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Association Ophthalmological Society).
  • Selain oftalmologi, Prof Muhaya mempunyai minat yang mendalam dalam menyampaikan ceramah motivasi. Beliau sering diundang sebagai penceramah pada minggu orientasi di PCMC. Topik kegemaran beliau adalah Perwatakan Berkesan. Prof Muhaya juga sering diundang untuk berceramah kepada mahasiswa fakulti perubatan di UKM, IIUM dan USIM.
  • Wajah Prof Muhaya juga sering kelihatan di kaca televisyen berkongsi pengetahuan beliau dalam berbagai penyakit mata di saluran TV1, TV2 dan TV3. Selain itu, pada 2005 beliau menerbitkan bukunya dalam bahasa Inggeris bertajuk How to become a good and successful medical student. Dan yang terbaru untuk slot Dari Mata ke Hati di Saluran Astro Ria.

No comments:

Post a Comment