Sunday, December 5, 2010

Konsep 'belajar adalah seronok' sepatutnya diterap daripada awal

Jawatankuasa Tetap Pendidikan Kerajaan Selangor mahu terap proses pendidikan yang menyeronokkan dan selari dengan fasa perkembangan kanak-kanak ketika menyambut HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR pada 21/11/10.
Pendirian ini diambil sejajar dengan masalah yang timbul dikalangan kanak-kanak yang dibebani dengan tekanan-tekanan luarbiasa seawal peringkat tadika untuk belajar 'bersungguh-sungguh' untuk cemerlang di bidang akademik. Malangnya apa yang kita saksikan ialah kanak-kanak ini hilang zaman kanak-kanaknya yang sepatutnya diwarnai dengan bermain sambil belajar secara tidak sedar atau sengaja. Ini menimbulkan ketegangan dan kemurungan di kalangan kanak-kanak masa kini yang bakal menjadi dewasa yang bermosi dan sentiasa stress.
Ada yang hilang peri kemanusiaannya kerana terbiasa mengejar berkeping-keping kertas berupa sijil/diploma/ijazah dsb.
Dimanakah perginya keperluan anak untuk bermanja, bergurau, bersahaja. Kenapa mendera anak dengan cara tak sengaja? Sebab itu setiap bakal ibu dan bapa perlu membekalkan diri dengan ilmu perkembangan anak/psikologi kanak.Ibubapa perlu faham bagaimanakah cara paling berkesan untuk anaknya belajar. Barulah mereka boleh menjadin pendorong yangbaik

No comments:

Post a Comment