Monday, December 12, 2011

Sembah Ucapan EXCO PENDIDIKAN SELANGOR di majlis perasmian PPAS



TEKS UCAPAN

Y.B. DR. HAJAH HALIMAH ALI, PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH PPAS

DI MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BARU PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA, SHAH ALAM

PADA 10 DISEMBER 2011 (SABTU) JAM 10.00 PAGI


Bismillahi rahman nirrahiim

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SELAMAT SEJAHTERA

Menghadap Duli Yang Maha Mulia

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Shah Al Haj

Dan Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor

Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj

AMPUN TUANKU beribu-ribu ampun SEMBAH PATIK mohon DIAMPUN .

bagi pihak seluruh ahli lembaga pengarah, ahli-ahli jawatankuasa perasmian dan seluruh kakitangan perpustakaan, patik memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt di atas perkenan duli yang maha mulia tuanku mencemar duli untuk bersama rakyat pada majlis perasmian bangunan baru Perpustakaan Raja Tun Uda ini.

Menjunjung kasih atas perkenan duli tuanku memasukkan perasmian ini dibawah salah satu majlis program ulang tahun hari keputeraan ke 66 tuanku.

Kunjungan Duli Tuanku amat besar ertinya kepada patik-patik sekalian. Sebagai payung rakyat, keberangkatan duli tuanku adalah satu suntikan semangat kepada 230 kakitangan perpustakaan bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan terus gigih berusaha dalam membudayakan masyarakat dengan budaya membaca setanding dengan amalan masyarakat di negara maju.

Perkhidmatan perpustakaan di Selangor telah berusia 40 tahun bermula pada tahun 1971 dengan pengambilalihan kelab buku Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1971. Perpustakaan ini kemudiannya berpindah ke Shah Alam pada 16 November 1986 dan sekali lagi telah berpindah ke bangunan baru ini pada 15 April 2011.

Bagi pihak seluruh pengurusan dan warga perpustakaan awam Selangor patik bersyukur dan berterima kasih diatas pembinaan perpustakaan baru ini. Cadangan pembinaan perpustakaan ini merupakan idea dan keperihatinan tuanku terhadap budaya ilmu dan membaca yang harus dipertingkatkan dikalangan masyarakat Selangor setanding dengan negara maju. Justeru itu, ketika Selangor diiystiharkan negeri maju pada tahun 2005, beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai mercu tanda Selangor maju, namun Tuanku telah berkenan bagi pembinaan sebuah perpustakaan sebagai hadiah kepada masyarakat Shah Alam khususnya dan rakyat Selangor amnya.

Bangunan setinggi 6 tingkat ini berkeluasan 203,600 kaki persegi (18, 922 meter persegi) dan boleh memuatkan seramai 2,500 orang serta 400,000 naskah buku pada satu-satu masa. Dengan bangunan baru ini patik sekalian berazam untuk terus menyediakan koleksi-koleksi yang terkini, bahan-bahan ilmiah dan penyelidikan, usaha-usaha pendigitalan, pengumpulan koleksi terbitan Selangor, koleksi terbitan diraja dan menteri-menteri besar Selangor. Disamping itu, kemudahan-kemudahan teknologi maklumat dan edutainment (iaitu gabungan diantara education dan entertainment) juga akan dititik-beratkan sejajar dengan perkembangan semasa.

Perpustakaan baru ini dibina dengan kos bangunan berjumlah RM 60 juta dan kos rekabentuk dan prasarana dalaman berjumlah RM 10 juta. Jika dibahagikan dengan keluasan bangunan kos rekabentuk dalaman bagi setiap kaki persegi hanya RM 49.00 sahaja. Namun, apa yang kita lihat tersedia kepada pelbagai pengguna keselesaan dan peralatan yang terkini.Bahkan kita turut mengambilkira keperluan ORANG KELAINAN UPAYA sejajar dengan konsep merakyatkan ekonomi Selangor, hasil negeri untuk rakyat.

Patik serta warga perpustakaan juga menjunjung kasih kepada tuanku yang begitu prihatin dalam pembangunan koleksi bahan bacaan dan kajian di perpustakaan. Dimana tuanku sendiri telah berkenan untuk menyumbangkan 1200 naskah buku yang berkualiti dan terkini dari luar negara sebagai permulaan. Justeru itu, satu rak yang khusus akan disediakan bagi memudahkan pengguna merujuk, mengulangkaji dan membuat pinjaman bahan – bahan berkenaan.

Perpustakaan juga sentiasa memperkenalkan ciri-ciri yang berbeza dan sentiasa relevan kepada kehendak masyarakat semasa. Justeru itu selain daripada koleksi bahan yang terkini dan memenuhi kehendak masyarakat pelbagai kemudahan juga disediakan diantaranya ialah:

Ø Book wall - rak book wall boleh memuatkan kira-kira 1,500 naskah buku secara susunan menghadap depan. Manakala jika buku disusun secara biasa (tetulang buku di sebelah hadapan), sekitar 10-12 ribu naskhah buku boleh dimuatkan. Book wall ini dibahagikan kepada empat tema di empat tingkat: anatomi manusia di tingkat 1, lautan di tingkat 2, bumi di tingkat 3 dan angkasa lepas di tingkat 4,

Ø Zon kreatifzon kreatif terletak diruang kanak-kanak, meliputi reading tree, pentas dan bilik aktiviti kanak-kanak. Di zon siber bahagian kanak-kanak telah disediakan 8 komputer peribadi hp windows 7, dan 8 komputer imac untuk pengguna kanak-kanak melayari internet. Sudut interaktif pula merupakan sudut di mana terdapat permainan interaktif untuk kanak-kanak seperti nintendo wii, i-step, ubiq-window dan on location reporter.

Ø Gimnasium - perpustakaan mempunyai 3 gimnasium iaitu gimnasium utama di tingkat terbawah dan 2 gimnasium mini yang dikhususkan untuk lelaki dan wanita. Penyediaan kemudahan ini adalah berkonsepkan ‘healthy body and healthy mind’.

Ø Teater 6D & 3D - teater XD mempunyai 8 unit kerusi berteknologi 6D motion ride iaitu gabungan kesan khas pencahayaan, gegaran, angin, visual 3D dan bunyi. Manakala bilik mini 3D yang berkapasiti 30 orang, merupakan ruang aktiviti bagi tayangan filem-filem yang berteknologi 3 dimensi.

Ø Multimedia & wi-fi - terdapat 100 unit komputer yang terdiri daripada 38 imac dan 62 hp windows 7 untuk pilihan pengguna di setiap tingkat. Perpustakaan juga dilengkapi dengan kemudahan wifi percuma dengan kelajuan 4mbps.

Ø Dewan & bilik seminar perpustakaan juga mempunyai auditorium yang boleh memuatkan 200 orang. Terdapat juga dewan dan bilik seminar yang boleh digunakan untuk tujuan seminar, bengkel dan ceramah

Ø Kemudahan-kemudahan lainseperti kafetaria, surau, laman ilmu, bilik muzik, kedai buku, bilik-bilik mesyuarat dan perbincangan.

Ampun tuanku

Perpustakaan telah berkembang secara berperingkat-peringkat di seluruh negeri selangor dan kini terdapat 96 perpustakaan yang terdiri daripada perpustakaan pusat, perpustakaan daerah, perpustakaan pekan, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak.

Sambutan dari masyarakat juga amat membanggakan dengan mencatatkan jumlah keahlian dan pinjaman yang terus meningkat. Dari tahun 1972 sehingga 2010 rekod keahlian bagi seluruh selangor adalah 951,702 keahlian dan statistik pinjaman adalah 28.6 juta pinjaman (secara terperincinya ialah 28,615,804 pinjaman). Pembelian buku pula berjumlah 3.4 juta naskah (secara terperincinya berjumlah 3,460,906 naskah buku).

Patik sekalian warga perpustakaan bersyukur ke hadrat ILAHI dan menjunjung kasih kepada tuanku yang mengurniakan bangunan baru perpustakaan untuk kemudahan masyarakat. Dari mula dibuka perkhidmatannya pada 22 Julai 2011 sehingga 30 November 2011 yang lalu, perpustakaan baru ini telah mencatatkan jumlah pengunjung seramai 140,071, pendaftaran keahlian baru 8,446, pinjaman bahan berjumlah 25,796.

Disamping itu perpustakaan juga menjadi tumpuan pelawat, sebanyak 105 lawatan dengan jumlah pelawat seramai 5,577 telah diterima meliputi jabatan kerajaan, swasta, persatuan, institusi pendidikan, kedutaan dan pelawat dari negara luar seperti Mesir, Singapura, Indonesia dan lain-lain.

Ampun tuanku

Dengan perkenan tuanku, perpustakaan ini juga sedang dalam proses menubuhkan sebuah yayasan yang dinamakan Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda. Yayasan ini bertujuan bagi mengurus dan mentadbir sumbangan dan derma yang diterima bagi pembangunan koleksi dan prasarana perpustakaan.

Ucapan penghargaan kepada Puan Mastura Haji Muhamad, pengarah perpustakaan serta seluruh warga perpustakaan yang sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan melalui ’penjenamaan semula perpustakaan’ (rebranding) dan menyediakan keselesaan kepada pengguna yang berkonsepkan ’rumah keduaku’ (my second home).

Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah membantu menyempurnakan majlis pada hari ini. Patik, ahli-ahli jawatankuasa dan warga kerja perpustakaan berasa amat berbesar hati di atas perkenan duli tuanku untuk menyempurnakan perasmian bangunan baru perpustakaan raja tun uda ini.

Ampun tuanku

Izinkan patik berkongsi dengan rakyat sekalian

Beberapa rangkap seloka.

SALAWAT DAN SALAM JUNJUNGAN mulia

Moga usaha barakah dipinta

Kepada Tuhan Yang Maha Esa

Pimpinlah kami ke jalan yang di redha

Rakyat Melayu, Cina, India bersatu

Di pusat/gedung ilmu Selangor maju

Tamaddun unggul mahu dituju

Moga ALLAH memberi restu

Teras utama pembangunan mampan

Kerajaan Selangor sedang perjuangkan

Memacu pembangunan modal insan

Di ibu kota

Tersergam indah sebuah perpustakaan

Ikon negeri

Selangor Hub Ilmuwan Hub Pendidikan

Ke arah wawasan

Selangor negeri idaman,

Maju, sejahtera dan berkebajikan

Iqra’, bacalah. wahyu pertama

Isyarat signifikan ilmu mesti diutama

Dunia berjaya akhirat bahagia

Wahyu Tuhan formula sempurna

Selangor mengorak langkah ke arah

Baldatun tayyibatun wa rabbun ghafuur

Aamiin ya Rabbal alamiin

Ampun tuanku

Sebelum patik mengakhiri sembah ucapan, patik mendoakan agar tuanku dirahmati Allah dan selamat bersemayam di atas takhta kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan dengan penuh ketakwaan dan mendapat hidayah daripada Allah Tuhan Yang Maha Kuasa .

Ampun Tuanku.

Wabillahi taufik wal hidayah

Wasalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Thursday, November 17, 2011

PSRA Perbandingan 2010-2011:SELANGOR tunjuk peningkatan

TAHUN BIL CALON MENGUASAI SEMUA MATAPELAJARAN BELUM MENGUASAI SEMUA MATAPELAJARAN CALON MUMTAZ
BIL % BIL % BIL %
2011 34,367 28,855 84.0% 5,512 16.0% 3,848 11.2%
2010 32,677 27,014 82.7% 5,663 17.3% 2,910 8.9%
ANALISA MATA PELAJARAN
PEPERIKSAAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (PSRA)
TAHUN 2011


















BIL DERAH JUMLAH CALON CALON HADIR AKHLAK SIRAH BAHASA ARAB IMLAK KHAT TAUHID FEQAH TAJWID UJIAN TILAWAH & HAFAZAN JAWI
BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %
1 SABAK BERNAM 1,818 1,781 1,441 80.9% 1,403 78.8% 1,758 98.7% 1,391 78.1% 1,289 72.4% 1,780 97.9% 1,584 88.9%
2 KUALA SELANGOR 3,135 3,072 2,498 81.3% 2,566 83.5% 3,052 99.3% 2,365 77.0% 2,218 72.2% 3,063 97.7% 2,730 88.9%
3 HULU SELANGOR 2,141 2,093 1,746 83.4% 1,664 79.5% 2,080 99.4% 1,645 78.6% 1,561 74.6% 2,079 97.1% 1,888 90.2%
4 KUALA LANGAT 2,751 2,718 2,229 82.0% 2,302 84.7% 2,683 98.7% 2,100 77.3% 2,044 75.2% 2,689 97.7% 2,465 90.7%
5 HULU LANGAT 6,501 6,317 5,433 86.0% 5,309 84.0% 6,269 99.2% 5,020 79.5% 4,828 76.4% 6,271 96.5% 5,879 93.1%
6 KLANG 6,002 5,893 4,934 83.7% 4,855 82.4% 5,854 99.3% 4,665 79.2% 4,436 75.3% 5,901 98.3% 5,415 91.9%
7 PETALING 7,161 6,887 5,905 85.7% 5,628 81.7% 6,801 98.8% 5,590 81.2% 5,148 74.7% 6,876 96.0% 6,440 93.5%
8 GOMBAK 4,224 4,062 3,447 84.9% 3,339 82.2% 4,014 98.8% 3,122 76.9% 2,901 71.4% 4,037 95.6% 3,718 91.5%
9 SEPANG 1,588 1,544 1,288 83.4% 1,325 85.8% 1,536 99.5% 1,219 79.0% 1,155 74.8% 1,547 97.4% 1,413 91.5%
TAHUN 2011 35,321 34,367 28,921 84.2% 28,391 82.6% 34,047 99.1% 27,117 78.9% 25,580 74.4% 34,243 99.6% 31,532 91.8%
TAHUN 2010 33,593 32,677 25,339 77.5% 25,623 78.4% 32,363 99.0% 27,520 84.2% 23,450 71.8% 32,167 97.0% 30,316 92.8%


















PERBANDINGAN TAHUN 2010 DAN 2011 : 6.7%
4.2%
0.1%
(-) 5.3%
2.6%
2.6%
(-) 1.0%



















Catatan :
















(+) meningkat
















(-) menurun















Keputusan PSRA Selangor 2011

BIL

GRED

CALON

PERATUS

PRESTASI

1

Mumtaz

3,848

11.2%

meningkat

2.3%

2

Jayyid Jiddan

8,558

24.9%

meningkat

0.6%

3

Jayyid

8,238

24.0%

menurun

0.3%

4

Maqbul

8,211

23.9%

menurun

1.3%

5

Rosib

5,512

16.0%

meningkat

1.3%

Tuesday, November 8, 2011

SJKT dapat RM1,385,400 daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

Shah Alam

Setelah menerima bantuan pendidikan fasa pertama untuk kesemua 97 buah SJKT pada 9.6.11 melalui Pusatb Khidmat Masyarakat DUN masing-masing, SJKT menikmati sekali lagi bantuan fasa kedua daripada kerajaan Selangor.
Bagi peruntukan Fasa 2, sebanyak 43 buah sekolah layak menerima peruntukan pembangunan pendidikan yang berjumlah sebanyak RM1,385,400.
Penilaian dibuat ke atas permohonan daripada sekolah-sekolah adalah berdasarkan keutamaan dan keperluan sekolah tersebut seperti baikpulih, pembinaan infrastruktur dan program pembangunan pendidikan.
YB Dr Halimah dalam ucapannya menegaskan dengan peruntukan yang diberikan, jawatankuasa PIBG SJKT disaran untuk bekerjasama dengan pentadbiran sekolah, membantu merancang meningkatkan taraf pendidikan melalui peningkatan kemudahan infrastruktur dan menyediakan program-program pembangunan pendidikan yang berkualiti untuk para pelajar.
Ujar beliau lagi, PIBG SJKT juga hendaklah amanah dengan peruntukan ini.Semoga adanya bantuan daripada kerajaan negeri, prestasi SJKT boleh meningkat dalam mengeluar modal insan berguna.


Monday, October 24, 2011

Hasil negeri untuk rakyat: Selangor negeri berkebajikan




Sabtu
22.10.11
SHAH ALAM

Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan telah membuktikan keprihatinannya dengan melaksanakan fasa terakhir dalam program memberi tuisyen rakyat percuma kepada calon SPM 2011 yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1500 sebulan.
Program ini mendapat yang hangat oleh rakyat Selangor khususnya daripada luar bandar dan miskin bandar. Keperitan hidup kerana kos hidup yang semakin hari semakin meningkat lazimnya mengasingkan pelajar daripada golongan ini daripada menikmati kelas tambahan untuk bersaing dengan rakan-rakan mereka yang dibantu ibubapa yang mampu membiayai kos tuisyen yang menelan belanja agak besar bagi keluarga miskin.
Justeru, Exco Pendidikan telah mengambil inisiatif bermula tahun 2009 untuk mempasti golongan ini tidak ketinggalan dalam pelajaran, kerajaan Selangor telah bersetuju untuk membiayai perbelanjaan tuisyen percuma setiap tahun untuk tiga tahun berturut-turut dan akan diteruskan tahun depan.
Pemantauan prestasi mereka yang asalanya sebelum tuisyen bermula adalah dari kumpulan yang pencapaian akademik yang sangat sederhana telah mampu melonjakkan pencapaian mereka. Disamping menumpu kepada kejayaan akademik, pelajar PTRS ini juga dibentuk agar berakhlak mulia dan berdisiplin..Ini bekalan penting untuk masa mendatang.


Program Tuisyen Rakyat Selangor(PTRS)

2009 4333PELAJAR RM3.45juta
2010 4508PELAJAR RM3.45juta
2011 4346PELAJAR RM3.45juta
JUMLAH 13187PELAJAR
RM10.35juta

Program pecutan terakhir SPM 2011 telah dirasmikan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali, EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor. Seramai 3000 pelajar peserta PTRS dari seluruh pelusuk Selangor telah ikut serta program dengan penuh semangat dan yakin diri.Stadium Malawati Shah Alam menyaksikan bakal modal insan yang telah mendapat impak daripada dasar kerajaan Selangor memberi fokus kepada pendidikan sebagai usaha utama mempertingkatkan kualiti rakyatnya dalam jangka masa panjang.

Tuesday, July 5, 2011

Kerajaan Selangor julangkan martabat ilmu


26.6.11
Shah Alam

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyambut HARI ILMU SELANGOR untuk kali kedua. Hari ilmu telah dilancarkan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor pada 26.6.10 yang diseri dengan pelancaran serentak Gerakan Membaca Perdana, Gerakan Menulis Perdana dan Pesta Buku Selangor 2010.
Fokus tahun pertama sambutan HARI ILMU SELANGOR ialah mencetuskan kesedaran mega dan seterusnya minat rakyat jelata kepada ilmu.Tahun ini pula Jawatankuasa Tetap Pendidikan dengan diurusetia oleh PPAS meletakkan fokus kepada penghasil sumber ilmu iaitu ilmuwan daripada golongan penulis.Justeru konvensyen khas penulis serta anugerah penulis Selangor yang mendapat sijil serta wang berjumlah RM10,000.
Majlis dirasmikan oleh YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR.