Wednesday, March 5, 2014

LAWATAN KE SRA BATU 10 KAJANG


KAJANG, 4 Mac : Exco Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan YB Dr Hajah Halimah Ali telah membuat lawatan ke Sekolah Rendah Agama Batu 10, Kajang. Turut hadir dalam lawatan itu Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr. Che Rosli Che Mat, ADUN Dusun Tua YB Haji Razaly Hassan, wakil Unit Pembangunan JAIS, wakil Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat  (PAID Hulu Langat).

Lawatan ini bertujuan melihat kerosakan yang berlaku di dalam sekolah serta memberikan penerangan berkaitan peruntukan agihan bantuan 6 juta kepada sekolah.


Dalam majlis tersebut, Dr Hajah Halimah Ali telah memberikan ucapan kepada 30 guru SRA Batu 10. “Kita mahu menjadikan institusi pendidikan tunjang utama kepada proses pembentukan modal insan dalam merialisasikan hasrat Kerajaan Negeri Selangor Negeri Idaman Maju Sejahtera. Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor terus memberikan komitmen sepenuhnya kepada pembinaan modal insan.”

Justeru, katanya Kerajaan Negeri juga  sentiasa mendengar pandangan-pandangan semua pihak samada guru, ibu bapa dan masyarakat setempat khususnya yang berkaitan dengan keperluan bangunan sekolah-sekolah.


Dalam sesi lawatan tersebut, didapati beberapa kerosakan berlaku antaranya bumbung sekolah, tandas dan lantai kelas. Halimah juga sempat berbincang dengan wakil unit pembangunan JAIS tentang masalah yang berlaku.

No comments:

Post a Comment