Friday, August 20, 2010

SAR ILMI dapat RM80RIBU daripada kerajaan SELANGOR

YB Dr Hjh Halimah Ali, EXCO Pendidikan Selangor menyerahkan cek RM80 ribu kepada SAR ILMI sebagai insentif merangsangkan lagi pencapaian mereka. Ia dipohon untuk baikpulih tandas, bangunan dsb.

Thursday, August 19, 2010

SEKOLAH ILMI AMPANG terima kunjungan EXCO PENDIDIKAN

YB Dr Hjh Halimah Ali semasa lawatan kerja bersama pegawai daripada SUK memberi ucapan kepada pihak pengurusan SAR ILMI AMPANG.Turut serta YB ADUN LEMBAH JAYA, L embaga Pengelola, Penghulu, Ketua Kampung, Guru-guru.
EXCO Pendidikan menekankan peri pentingnya SAR merangka pelan tindakan jangka panjang untuk membantu mengeluarkan modal insan bermutu tinggi yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta dibekalkan dengan segala ilmu pengetahuan yang memungkinkan mereka dimartabatkan sebagai pemimpin semua golongan semua kaum.Barulah cita-cita melahirkan baldatun toyyibatun wa robbun ghafuur di Selangor mampu dicapai insyaallah.

KERAJAAN PAKATAN SELANGOR TERUS MENYUMBANG KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT

YB Dr Hjh Halimah Ali EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor menyampai cek berjumlah RM40 RIBU kepada MUDIR MAAHAD TAHFIZ AN NUR SUBANG BESTARI
Mudah-mudahan generasi akan datang generasi yang terhunjam dalam jiwanya kitabullah.Amin

Monday, July 26, 2010

Manchester University dikunjungi EXCO PENDIDIKAN TINGGI SELANGOR

Selepas ke IMPERIAL COLLEGE LONDON DAN UNIVERSITY CAMBRIDGE, rombongan YB DR HJH HALIMAH dan UNISEL melawat MEDICAL FACULTY dan FACULTY OF LIFE SCIENCES MANCHESTER UNIVERSITY.
Datuk Prof.Emeritus Latif Ibrahim,Pengarah Bio-IT SELANGOR,UNISEL akan mendrafkan MOU bersama dengan rakan sejawatnya daripada MANCHESTER UNIVERSITY DR ALLISON bagi mengatur joint research antara kedua-dua university. Baru-baru ini MANCHESTER UNIVERSITY telah mendapat set peralatan canggih dan terbaik di UK mengatasi CAMBBRIDGE/OXFORD/IMPERIAL yang bernilai lebih 600 juta pound sterling!

EXCO PENDIDIKAN TINGGI KERAJAAN SELANGOR DI CAMBRIDGE UNIVERSITY UK

Cambridge University juga menjadi destinasi kunjungan rombongan JEJAK ILMUWAN SELANGOR yang diketuai oleh YB DR HJH HALIMAH ALI. Cambridge menjadi pilihan kerana ia sering menjadi tempat kedua UNIVERSITY TERBAIK di dunia selepas HARVARD UNIVERSITY.
YB EXCO menghadiahkan cenderamata logo SELANGOR kepada JIM PLATTS daripada Cambridge University sebagai tanda kenang-kenangan kunjungan jatwatankuasa kerajaan SELANGOR ke Cambridge. Rancangan pertukaran pelajar undergraduate dan post graduate dipersetujui bersama selain daripada latihan pelajar di pelbagai industri khusus bagi pelajar engineering untuk mempertingkatkan kadar bolehpasaran(employability) graduan.

JEJAK ILMUWAN SELANGOR KE IMPERIAL COLLEGE UK

  1. Untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi kerajaan Selangor harus mengintai stiap ruang dan merebut mana-mana peluang strategik.
  2. Bagi memungkinkan Selangor menjadi HUB ILMUWAN YB Dr Hjh Halimah Ali telah mengetuai rombongan ilmuwan dari Unisel untuk menjejaki beberapa insitusi pengajian tinggi yang terbaik di dunia untuk mengambil iktibar bagi membantu pelan strategik dalam UNISEL secara khusus dan semua IPT SELANGOR secara umum.
Delegasi bermula dengan lawatan ke IMPERIAL COLLEGE LONDON.Dua orang pelajar PHD Unisel sedang belajar di situ dan alhamdulillah menunjukkan reaksi yang begitu memberangsangkan dengan peluang yang diberi oleh UNISEL bersama menggunakan peralatan untuk research diantara yang terbaik di dunia.

Sunday, July 11, 2010

Malaysia mahu bawa ke mana golongan remaja?

Remaja adalah aset yang mampu mengembang atau menguncup perkembangan dan pembangunan negara. Di bentuk baik maka mereka akan membawa keuntungan spiritual,fizikal mahupun mental yang akan menjadi daya maju sesebuah negara.Jika dibiarkan tanpa kawalan naluri jiwa muda yang masih mentah dan tidak cukup mengerti
nilain kehidupan, bahaya dalam samar dan keseronokan sementara, mereka mudah terjebak ke lembah kehancuran dan penyesalan yang memusnah potensi asal mereka sebagai aset yang tiada ternilai harganya.