Monday, July 26, 2010

Manchester University dikunjungi EXCO PENDIDIKAN TINGGI SELANGOR

Selepas ke IMPERIAL COLLEGE LONDON DAN UNIVERSITY CAMBRIDGE, rombongan YB DR HJH HALIMAH dan UNISEL melawat MEDICAL FACULTY dan FACULTY OF LIFE SCIENCES MANCHESTER UNIVERSITY.
Datuk Prof.Emeritus Latif Ibrahim,Pengarah Bio-IT SELANGOR,UNISEL akan mendrafkan MOU bersama dengan rakan sejawatnya daripada MANCHESTER UNIVERSITY DR ALLISON bagi mengatur joint research antara kedua-dua university. Baru-baru ini MANCHESTER UNIVERSITY telah mendapat set peralatan canggih dan terbaik di UK mengatasi CAMBBRIDGE/OXFORD/IMPERIAL yang bernilai lebih 600 juta pound sterling!

EXCO PENDIDIKAN TINGGI KERAJAAN SELANGOR DI CAMBRIDGE UNIVERSITY UK

Cambridge University juga menjadi destinasi kunjungan rombongan JEJAK ILMUWAN SELANGOR yang diketuai oleh YB DR HJH HALIMAH ALI. Cambridge menjadi pilihan kerana ia sering menjadi tempat kedua UNIVERSITY TERBAIK di dunia selepas HARVARD UNIVERSITY.
YB EXCO menghadiahkan cenderamata logo SELANGOR kepada JIM PLATTS daripada Cambridge University sebagai tanda kenang-kenangan kunjungan jatwatankuasa kerajaan SELANGOR ke Cambridge. Rancangan pertukaran pelajar undergraduate dan post graduate dipersetujui bersama selain daripada latihan pelajar di pelbagai industri khusus bagi pelajar engineering untuk mempertingkatkan kadar bolehpasaran(employability) graduan.

JEJAK ILMUWAN SELANGOR KE IMPERIAL COLLEGE UK

  1. Untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi kerajaan Selangor harus mengintai stiap ruang dan merebut mana-mana peluang strategik.
  2. Bagi memungkinkan Selangor menjadi HUB ILMUWAN YB Dr Hjh Halimah Ali telah mengetuai rombongan ilmuwan dari Unisel untuk menjejaki beberapa insitusi pengajian tinggi yang terbaik di dunia untuk mengambil iktibar bagi membantu pelan strategik dalam UNISEL secara khusus dan semua IPT SELANGOR secara umum.
Delegasi bermula dengan lawatan ke IMPERIAL COLLEGE LONDON.Dua orang pelajar PHD Unisel sedang belajar di situ dan alhamdulillah menunjukkan reaksi yang begitu memberangsangkan dengan peluang yang diberi oleh UNISEL bersama menggunakan peralatan untuk research diantara yang terbaik di dunia.

Sunday, July 11, 2010

Malaysia mahu bawa ke mana golongan remaja?

Remaja adalah aset yang mampu mengembang atau menguncup perkembangan dan pembangunan negara. Di bentuk baik maka mereka akan membawa keuntungan spiritual,fizikal mahupun mental yang akan menjadi daya maju sesebuah negara.Jika dibiarkan tanpa kawalan naluri jiwa muda yang masih mentah dan tidak cukup mengerti
nilain kehidupan, bahaya dalam samar dan keseronokan sementara, mereka mudah terjebak ke lembah kehancuran dan penyesalan yang memusnah potensi asal mereka sebagai aset yang tiada ternilai harganya.

Wednesday, July 7, 2010

KERAJAAN SELANGOR MAHU SEKOLAH TAHFIZNYA KUASAI KEMAHIRAN TEKNOLOGI P& P

YAB Dato' Menteri Besar dijangka akan merasmikan program penyerahan computer,laptop, LCD dan router kepada 2 buah MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS DANTEKNOLGI, SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI dan 10 SEKOLAH AGAMA RAKYAT, sebagai usaha mempertingkatlam keupayaan sekolah-sekolah kerajaan negeri dan sebahagian SEKOLAH AGAMA RAKYAT. Guru-guru di sekolah-sekolah ini juga telah diberi kursus khas untuk mempastikan perlatan yang diberi digunakan dengan sepenuhnya.

Tarikh;10/7/10
waktu 9pagi-1tgh
Tempat MITTIB JUGRA KUALA LANGAT

Monday, July 5, 2010

RM10,000TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR SELANGOR TIMUR TENGAH


Pegawai JAIS Us. Halim yang menjaga hal ehwal pelajar di JORDAN,MESIR dan MOROCCO telah berjumpa EXCO PENDIDIKAN TINGGI SELANGOR, YB DR HJH HALIMAH ALI di pejabatnya pada 5/7/10 untuk berbincang tentang keperluan tabung kebajikan untuk pelajar-pelajar di TIMUR TENGAH.Katanya kali terakhir Lembaga Zakat Selangor menyumbang ialah 2006....Allah'alam.
Yang jelas pelajar Selangor agak ramai belajar di sana. Ada yang menghidap kanser payu dara, TB dan ada yang kemalangan jalanraya.Pendek kata ramai yang memerlukan bantuan kerana dibiayai sepenuhnya oleh ibubapa. YB EXCO telah menghubungi terus pegawai LEMBAGA ZAKAT SELANGOR yang bertanggungjawab, Us Latif dan beliau telah berjanji akan menyalurkan sebanyak RM10,000 ke tabung SELANGOR.Alhamdulillah


ANUGERAH KHAS EXCO PENDIDIKAN SELANGOR


Semasa lawatan kerja EXCO PENDIDIKAN TINGGI SELANGOR,YB DR HALIMAH ALI ke Mesir baru-baru ini, beliau telah mengumumkan insentif bagi pelajar yang mendapat MUMTAZ secara keseluruhan setahun akademik akan diberi ANUGERAH KHAS EXCO PENDIDIKAN TINGGI SELANGOR.
Ini adalah sebagai galakan untuk semua pelajar Selangor daripada mana-mana jurusan agar menitikberat soal pembelajaran.
Pegawai JAIS yang bertugas di Mesir akan memberi laporan lengkap termasuk syakhsiyyah pelajar berkenaan