Wednesday, April 2, 2014
Tuesday, April 1, 2014
Thursday, March 13, 2014
KENYATAAN AKHBAR TUTUP SEKOLAH SEKIRANYA KADAR IPU DI TAHAP MELAMPAUI HAD SELAMAT
KENYATAAN
AKHBAR
TUTUP
SEKOLAH SEKIRANYA KADAR IPU DI TAHAP MELAMPAUI HAD SELAMAT
Saya selaku
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan memandang berat tentang kualiti udara
di Selangor mutakhir ini. Jerebu yang teruk boleh menganggu sistem pernafasan
dan menjejas kesihatan penduduk terutama sekali anak kecil, warga emas dan
berpenyakit kronik.
Saya sangat bimbang
ia melibatkan golongan yang terpaksa keluar daripada rumah khususnya
933,699 pelajar daripada sekolah yang
berdaftar dengan jabatan Pendidikan Selangor. Kemungkinan jika di jumlah sekali
dengan pelajar tadika dan sekolah swasta yang tidak masuk dalam data Jabatan
Pendidikan ia boleh mencecah 1juta orang.
Mengikut statistik
Jabatan Alam Sekitar bacaan IPU di Pelabuhan Klang pada tarikh 13 Mac 2014 Jam
9 pagi mencatatkan bacaan 148 (Kategori: Tidak Sihat).
Justeru saya
menyeru Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor mengambil langkah proaktif
bersinergi dengan Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar dan menutup sekolah apablia
IPU sudah melampaui had yang selamat dengan mengambil kira keadaan sebenar
rakyat.
Jabatan perlu peka dengan mengambil kira keadaan
kepada lonjakan mendadak kes-kes penyakit yang dikaitkan dengan punca
pencemaran udara khususnya jerebu ini. Bahagian Pendidikan JAIS juga diseru
mengambil tindakan menutup sekolah sekiranya keadaan memaksa, demi menjaga kemaslahatan
pelajar.
Terima kasih
YANG BERHORMAT DR. HJH. HALIMAH ALI
Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa
Tetap Pendidikan,
Pendidikan Tinggi &
Pembangunan Modal Insan
13 Mac 2014
Wednesday, March 5, 2014
LAWATAN KE SRA BATU 10 KAJANG
KAJANG,
4 Mac : Exco
Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan YB Dr Hajah Halimah
Ali telah membuat lawatan ke Sekolah Rendah Agama Batu 10, Kajang. Turut hadir
dalam lawatan itu Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr. Che Rosli Che Mat, ADUN
Dusun Tua YB Haji Razaly Hassan, wakil Unit Pembangunan JAIS, wakil Pejabat
Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID Hulu Langat).
Lawatan ini bertujuan melihat kerosakan yang
berlaku di dalam sekolah serta memberikan penerangan berkaitan peruntukan
agihan bantuan 6 juta kepada sekolah.
Dalam majlis
tersebut, Dr Hajah Halimah Ali telah memberikan
ucapan kepada 30 guru SRA Batu 10. “Kita mahu menjadikan institusi pendidikan tunjang utama kepada proses pembentukan modal
insan dalam merialisasikan hasrat
Kerajaan Negeri Selangor Negeri Idaman Maju Sejahtera. Oleh itu, Kerajaan Negeri
Selangor terus memberikan komitmen sepenuhnya
kepada pembinaan modal insan.”
Justeru,
katanya Kerajaan Negeri juga sentiasa
mendengar pandangan-pandangan semua pihak samada guru, ibu bapa dan masyarakat
setempat khususnya yang berkaitan dengan keperluan bangunan sekolah-sekolah.
Dalam sesi lawatan tersebut, didapati
beberapa kerosakan berlaku antaranya bumbung sekolah, tandas dan lantai kelas. Halimah
juga sempat berbincang dengan wakil unit pembangunan JAIS tentang masalah yang berlaku.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















.jpg)




.jpg)



