Wednesday, March 5, 2014
LAWATAN KE SRA BATU 10 KAJANG
KAJANG,
4 Mac : Exco
Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan YB Dr Hajah Halimah
Ali telah membuat lawatan ke Sekolah Rendah Agama Batu 10, Kajang. Turut hadir
dalam lawatan itu Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr. Che Rosli Che Mat, ADUN
Dusun Tua YB Haji Razaly Hassan, wakil Unit Pembangunan JAIS, wakil Pejabat
Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID Hulu Langat).
Lawatan ini bertujuan melihat kerosakan yang
berlaku di dalam sekolah serta memberikan penerangan berkaitan peruntukan
agihan bantuan 6 juta kepada sekolah.
Dalam majlis
tersebut, Dr Hajah Halimah Ali telah memberikan
ucapan kepada 30 guru SRA Batu 10. “Kita mahu menjadikan institusi pendidikan tunjang utama kepada proses pembentukan modal
insan dalam merialisasikan hasrat
Kerajaan Negeri Selangor Negeri Idaman Maju Sejahtera. Oleh itu, Kerajaan Negeri
Selangor terus memberikan komitmen sepenuhnya
kepada pembinaan modal insan.”
Justeru,
katanya Kerajaan Negeri juga sentiasa
mendengar pandangan-pandangan semua pihak samada guru, ibu bapa dan masyarakat
setempat khususnya yang berkaitan dengan keperluan bangunan sekolah-sekolah.
Dalam sesi lawatan tersebut, didapati
beberapa kerosakan berlaku antaranya bumbung sekolah, tandas dan lantai kelas. Halimah
juga sempat berbincang dengan wakil unit pembangunan JAIS tentang masalah yang berlaku.
Thursday, February 27, 2014
PROGRAM SOLAT ISTISQO' (SOLAT MINTA HUJAN)
SHAH ALAM 27 FEB : Dataran Kemerdekaan Shah Alam pagi ini diiringi tangisan air mata hadirin saat mengaminkan doa memohon hujan yang dibacakan Ustaz Nazmi Abdul Karim.
Seorang eksekutif, Zulkefli Nani 45, menyifatkan kehadiran beliau bersama anggota keluarga yang lain merupakan satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan sebagai warga Selangor.
“Walaupun di tempat tinggal saya di Seksyen 7 masih terselamat tanpa penjadualan air dan masalah lain, namun saya rasa ini adalah tanggungjawab bersama.
Hampir 1, 000 hadirin memenuhi ruang dataran bagi menunaikan solat hajat Istisqa’ yang dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS).
Halimah berkata jika cuaca panas dan kering berterusan serta menyebabkan keadaan bertambah kritikal, solat hajat Istisqa’ kemungkinan akan dianjurkan di kawasan empangan.
“Kita juga melibatkan pelajar tahfiz, semoga dengan berkat doa mereka ini mudah diperkenankan Allah bagi membantu kita semua menghadapi keadaan seperti sekarang,” katanya.
Pada 24 Februari lepas, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan program penjadualan air di seluruh Selangor bagi memastikan bekalan air berterusan.
Monday, February 24, 2014
Wednesday, February 19, 2014
PELANCARAN KAFA MENENGAH DAERAH KUALA SELANGOR
KUALA SELANGOR 8 FEB : Penubuhan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) ke peringkat menengah oleh Kerajaan Negeri adalah perintis kepada usaha meletakkan sistem pendidikan Islam di negeri itu ke persada arus perdana.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata usaha terancang itu juga bertujuan memastikan kesinambungan pendidikan Islam dalam pembentukkan sahsiah diri pelajar tercapai.
“Proses melahirkan modal insan yang cemerlang agamanya ini memakan masa yang panjang. Jadi, pengorbanan dan keterlibatan guru, ibu bapa dan masyarakat perlu dijana dari sekarang,” katanya.
Halimah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian KAFA Menenggah di Sekolah Rendah Agama (SRA) Saujana Utama di sini baru-baru ini.
Hadir sama Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam JAIS, Mohd Amir Danuri dan Guru Besar SRA Saujana Utama, Samsiah Alias.
Majlis turut dihadiri 30 pelajar yang mengikuti KAFA Menengah di situ bersama ibu bapa masing-masing.
KAFA Menengah di SRA Saujana Utama ini adalah salah satu daripadanya.
Projek perintis tersebut dilihat selaras dengan manifesto Pakatan Rakyat (PR) Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu bagi melanjutkan KAFA ke peringkat menengah di seluruh negeri itu.
Penubuhannya juga disifatkan sebagai ‘tiket tambahan’ kepada pelajar yang tidak berpeluang mengikuti pengajian sekolah agama menengah negeri atau persekutuan.
Keputusan itu diambil berikutan permintaan tinggi kepada sekolah menengah agama yang ketika ini kurang di Selangor.
“Ramai pihak yang mempersoalkan, kenapa Kerajaan Selangor tidak membina Sekolah Menengah Agama yang serba lengkap. Kenapa hanya menumpang di SRA?
“Jawapannya, Kami (Kerajaan Negeri) berpijak dibumi yang nyata, belanjawan kami (negeri) terbatas. Saya selaku exco pendidikan bagi penggal kedua ini kalau boleh semua benda mahu buat,” kata Halimah.
Katanya, sikap Kerajaan Pusat yang menganaktirikan Selangor sejak 2008, sedikitpun tidak mematahkan semangat Kerajaan Negeri untuk terus memperkasa sistem pendidikan di negeri itu.
“Jadi, kalau ‘bapa tiri’ berkira-kira untuk beri, pandai-pandailah Selangor jaga diri.
“Hasil jimat cermat dan perbelanjaan yang cekap, Kerajaan Negeri terus berjaya dan berjaya mengandakan rezab simpanannya. Sumber itu yang kita guna untuk majukan sistem pendidikan,” jelasnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)













.jpg)




.jpg)






