Wednesday, November 3, 2010

GURU TADIKA MEMAINKAN PERANAN PENTING MENCORAK MODAL INSAN




YB Dr Hjh Halimah Ali selaku Exco Pendidikan Kerajaan Selangor membelah laut menyantuni guru-guru dan pelajar tadika di Pulau Ketam memandangkan mereka adalah golongan yang sangat besar pengaruh kepada kualiti modal insan masa depan.
Guru yang bersemangat dan mempunyai visi akan lebih berjaya merancang dan melaksana proses pendidikan yang efektif. Sewajarnyalah mereka mendapat perhatian peribadi daripada EXCO PENDIDIKAN NEGERI.

Monday, November 1, 2010

EXCO pendidikan asah bakat hias kek!

EXCO Pendidikan SELANGOR,YB Dr Hjh Halimah Ali turut serta mencuba menghias kek dengan panduan daripada chef BAKERY RIA sebagai promo untuk pelajar -pelajar yang ingin mengikuti kursus 6bulan segala selok belok tentang pembuatan dan hias kek melalui INPENS INTERNATIONAL COLLEGE yang dibiayai sepenuhnya oleh KERAJAAN NEGERI SELANGOR.
Ini adalah diantara inisiatif kerajaan bagi menyelamat pelajar lepasan SPM yang tidak berminat akademik dan ianya sangat bermanfaat dan lebih menjamin peluang kerjaya.

EXCO PENDIDIKAN LAWAT TADIKA PULAU KETAM



ISNIN 1/11/10
PULAU KETAM KLANG
YB Dr Halimah Ali EXCO PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR melawat 3 tadika di kawasan Pulau Ketam dalam usaha mengenali para pengusaha tadika dan juga kanak-kanak di KAMPUNG BARU PULAU KETAM yang terpisah dengan tanah besar.Kedatangan rombongan EXCO diterima dengan begitu baik oleh kesemua tadika.Guru-guru dan kanak-kanak ini rata-rata teruja dengan kunjungan muhibbah yang membawa sedikit cenderahati berupa pensil case, belon dalam beg

EXCO PENDIDIKAN SERTAI TARIK TALI GURU DENGAN PENDUDUK

Kampung Baru Sg Lima, Pulau Ketam, Klang
Ahad 31/10/10

YB Dr Hjh Halimah Ali yang melawat KPG SG LIMA PULAU KETAM sempat meraikan sukaneka SJKC SIN BIN SG LIMA dengan menyertai pertandingan tarik tali di antara pasukan guru/kakitangan sekolah dengan penduduk.
EXCO Pendidikan menyertai pasukan guru. Aktiviti ini sungguh meriah dan mencuit hati ramai penduduk yang rata-ratanya daripada kaum Tionghua

Saturday, October 23, 2010

Kerajaan SELANGOR komited bantu sekolah semua kaum :giliran SJKC



Kerajaan Selangor dalam usaha membentuk satu masyarakat yang mampu menjana tamaddun perlu menitikberatkan segala aspek pendidikan. Mengiktiraf kewujudan dan peranan pelbagai kaum dan bangsa yang memerlukan kepada pelbagai jenis sekolah sekarang ini, kerajaan negeri tampil membantu sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan untuk menampung keperluan asas seperti kesempurnaan infrastruktur dan kemudahan awam seperti tandas.
Justeru. kerajaan Selangor telah mengagihkan RM 4JUTA untuk SJKC yang diberi melalui 2 fasa pada 2010 ini.Fasa pertama ialah pada APRIL 2010 dan fasa kedua 1610/10 di SEKOLAH TSHING NIAN PELABUHAN KLANG sebagai hos.
Majlis anjuran kerajaan melalui EXCO PENDIDIKAN NEGERI telah selamat disempurnakan oleh YAB DATO'MENTERI BESAR SELANGOR dan dihadiri oleh para EXCO, AHLI PARLIMEN dan ADUN serta pegawai daerah, YDP MPK serta pegawai-pegawai kerajaan, persatuan-persatuan CINA, wakil-wakil SJKC di Selangor yang memenuhi dewan SCKC tersebut.
Peruntukan RM4JUTA ini diteruskan lagi dalam bajet 2011












Monday, September 20, 2010

Selamat Berjaya Calon UPSR 2010


Semoga calon-calon UPSR 2010 akan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Semoga pengorbanan ibu dan ayah berbaloi. Namun yang paling penting ialah mencapai skor A bukan sahaja dalam peperiksaan di dunia ini tetapi skor A di Akhirat kelak.
Anak-anak harus dididik supaya memahami konsep kehidupan, konsep keutamaan, konsep nilai untuk mencapaio kejayaan hakiki di dunia dan juga akhirat kelak.

Friday, August 20, 2010

SAR ILMI dapat RM80RIBU daripada kerajaan SELANGOR

YB Dr Hjh Halimah Ali, EXCO Pendidikan Selangor menyerahkan cek RM80 ribu kepada SAR ILMI sebagai insentif merangsangkan lagi pencapaian mereka. Ia dipohon untuk baikpulih tandas, bangunan dsb.