Tuesday, June 22, 2010

Adakah Malaysia mempunyai pelan strategik pendidikan yang bermakna?!

Kenapakah Malaysia sentiasa menyaksikan perubahan dasar yang begitu kerap oleh pemerintah yang dari parti politik yang sama?

Contoh
Isu PPSMI yangb telah menelan belanja berjuta-juta ringgit dan persiapan latihan guru yang masih tidak menyeluruh dan menyebabkan jurang pencapaian pelajar di bandar -luar bandar semakin melebar, guru-guru sendiri masih tidak mahir berbahasa Inggeris inikan pula nak mengajar murid istilah-istilah sains dan matematik. Kelam kabut dibuatnya. Saya mendapat maklumbalas daripada ibubapa bahkan guru sendiri.

Sekarang timbul isu hapuskan peperiksaan awam UPSR/PMR

Pendapat saya, sebagai sebuah kerajaan yang sudah lebih setengah abad umurnya. sepatutnya perkara yang melibatkan seluruh negara mengambilkira keperluan mempastikan perkembangan dan pembangunan mampan dan kepelbagaian demografi dan desakan hidup masakini. Kerajaan Malaysia sepatutnya sudah mengkaji, membedahsiasat sejauh manakah keberkesanan sistem pendidikan yang digunapakai selama ini.Secara TUNTAS bukan 'piecemeal'.
Kerajaan Malaysia harus berlapang dada dan benar dalam tindakan.Harus MAHU menerima segala statistik dan fakta tentang natijah proses pendidikan separuh abad ini.Patutkah meneruskan sistem dualisme pendidikan yang ditinggalkan penjajah BRITISH 52 tahun yang lepas walaupun menghabiskan banyak duit rakyat melaung merdeka tetapi sistem pendidikan masih meneruskan ideologi penjajahan British.Paling menyedihkan di bidang kritikal membina anak bangsa!!
Kerajaan Malaysia harus menganalisa kenapakah fenomena berat sekolah kebangsaan semakin tidak diminati oleh rakyat pelbagai kaum termasuk kaum Melayu?Semakin ramai anak Melayu dihantar ke sekolah agama rakyat yang pendekatan pendidikannya holistik dan mengambilkira keperluan total insan itu.Walaupun ibubapa yang kurang mampu, mereka membanting tulang memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang tidak memisah pengajaran dan pembelajaran keperluan dunia dan keperluan akhirat. Inilah contoh dan punca utama kecelaruan di kalangan pelajar Islam yang dididik melalui SISTEM SEKULAR ini.
Kaum Tionghua pula berkeras merasakan pendekatan atau sistem pendidikan di SJKC/SJKT lmenghasilkan pelajar yang lebih disiplin, kurang kerenah, selamat daripada tersisih di negeri tempat lahirnya kerana perkataan perkauman dan untuk mengekal bahasa dan budaya mereka masing-masing.
Isu pokok seperti ini harus dilihat secara terperinci dan objektif oleh KEMENTERIAN PELAJARAN khususnya dan kerajaan MALAYSIA amnya. Kerajaan Persekutuan harus mencarinkan apakah ISU POKOK SEBENAR dalam pendidikan seluruh rakyat di MALAYSIA. Bukan hanya melontarkan idea-idea dan membuat kenyataan demi kenyataan walhal sebenarnya bajet untuk kementerian pelajaran sudah di potong hingga 30 0/0


Sunday, June 13, 2010

Kerajaan Selangor Mahu Sekolah Agama Di Perkasa

Jawatankuasa Tetap Pendidikan Kerajaan Selangor meletak guru sebagai pencorak masyarakat cemerlang.Sekiranya 'angsa yang bakal melahirkan telur emas' ini tidak dipupukkan keupayaan mereka mana mungkin mereka yang diambil sebagai orang berautoriti oleh pelajar mampu menjalankan tugas mereka sebagai pencorak yang berkesan.
Natijahnya, guru-guru yang tidak mempunyai visi dan misi yang jelas sememangnya TIDAK MAMPU mendidik pelajar menjadi seorang manusia yang berjaya dalam hidupnya. Guru-guru yang tidak menyedari nilai kerjayanya tidak akan 'perform' dengan terbaik. Bahkan akan sambil lewa dan tidak peduli dengan tindak tanduk muridnya yang sekarang ini semakin sukar dan kompleks untuk dikawal.
Menyedari hakikat ini, STANDCO PENDIDIKAN SELANGOR dengan kerjasama MAJLIS PERMUAFAKATAN PIBG memberi pendedahan kepada para guru-guru melalui seminar-seminar keilmuan dengan penglibatan bekas guru yang sudah menjadi pakar motivasi PAK ENGKU yang rata-ratanya diterima dengan sangat baik oleh peserta seminar. Ada yang curi-curi datang hingga dua kali. Ramai juga yang rekomen kepada rakan guru yang lain untuk ikut serta. Bahkan ada y ang sanggup menghantar kawan yang direkomen.
Alhamdulillah dengan teknik dan taktik tersendiri yang mampu membuka ruang kepada guru-guru hingga terdorong untuk terlibat aktif dalam games/aktiviti yang membina dan merangsang keupayaan diri/kemahiran berpasukan.Mudah-mudahan obor-obor masyarakat yang terpasak aqidah Islamiyyah yang mantap mampu menyinar sanubari 'kain-kain putih' yang bersekolah dengannya.Agar visi SELANGOR untuk menjadi baldatun toyyibatun wa robbun ghafuur akan tercapai insyaallah dengan pengupayaan maksima modal insan utama ini. AMIN

Selangor Human Capital Development Model


Concept

Everyone, everywhere, everyday must build and develop their S-Spiritual capital, P-Physical capital, I-Intellectual capital, E-Emotional Capital and last but not least their S-Social capital.All 4 P.I.E.S capital must be developed on a sound S-spiritual foundation.All 5 core elements of this model must be developed simultaneously and wholesomely to produce,insyaallah an effective,productive human capital with a sense of purpose and equipped with the capacity and capabilities to function as God's vicegerent in this world.This is a process of empowering the people of SELANGOR to attain their greatest potential and live the best life. The collective quality of the best human capital would ensure the creation of the best society and that would enable SELANGOR GOVERNMENT to achieve its vision of being a dream state by 2025 as stated in its blueprint!
The Selangor State Government is in the first phase of incorporating this model into its people life-long education system.This phase includes introductory courses to community leaders, youth leaders, women group leaders, teachers, university students, preschool teachers, parent-teachers association, NGOs, influential leaders, government servants, CEOs of GLCs etc.The first S.P.I.E.S.TM course was started on 24/8/08. It has reached to 30,000 participants and Selangor Standing Committee Of Human Capital Development is constantly flooded with requests from parents, teachers, PIBGS, adolescents, youths and community leaders who want those under their care to benefit.

Saturday, June 12, 2010

Pembangunan Modal Insan Prasekolah Selangor

Dewasa ini, ramai orang daripada pelbagai latar belakang samada daripada pemimpin,pendidik mahupun ibubapa dan masyarakat umum berbicara tentang gejala sosial dan jenayah walaupun kerajaan persekutuan sering menyatakan kadar jenayah negara menurun. Pernyataan itu sukar dipercayai kerana dalam masa yang sama berita pembunuhan pembuangan bayi,rompakan,vandalisme yang mengakibatkan kerosahan kemudahan awam yang menyulitkan kehidupan masyarakat MALAYSIA.Bertambah sulit untuk diterima apabila kerajaan MALAYSIA meluluskan judi bola sepak yang dikategorikan juga sebagai sebahagian daripada gejala sosial.Bagaimana anak ketam nak jalan lurus kalau ibu dan bapa ketam berjalan lintang pukang?!
Dalam konvensyen yang telah dianjurkan JAWATANKUASA TETAP PENDIDIKAN SELANGOR dengan kerjasama MAJLIS PERMUAFAKATAN TADIKA SELANGOR(MPTS) iaitu pakatan strategik antara NGO pengusaha tadika SELANGOR termasuk PASTI, PERTIM, Persatuan TADIKA MALAYSIA dan SELANGOR: semua bersetuju bahawa pendidikan awal adalah 'crucial'/kritikal dan memberi impak berterusan sepanjang hayat.Justeru anak-anak harus dididik awal untuk menjadi insan yang berjaya dunia akhirat. Segala unsur manusiawi dalam dirinya harus dibangun dan diperkembangkan.Pembuat dasar pendidikan tidak boleh hanya melihat kanak-kanak sebagai mansuia yang hanya perlu menguasai 3M; membaca, menulis, mengira. Tidak cukup melahirkan pelajar yg hanya hafal apa yg dibaca, ditulis, dikira tetapi tidak mampu membina daya tahan apabila berdepan dengan cabaran hidup sebenar dunia diluar menjelang remaja dan dewasa.Mereka tidak mampu menentang perkara-perkara negatif yang merosak spiritual, melemah fizikal, membinasa keupayaan intelek, mengganggu kestabilan emosi dan menolak penerimaan dalam masyarakat. Mereka tidak berupaya menangkis anasir jahat yang mahu menggelapkan masa depan dan menconteng arang ke wajah ibubapa dan guru mereka.
Maka, menyedari ketempangan sistem pendidikan peringkat nasional maka JAWATANKUASA TETAP PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR telah memilih untuk memaksimakan proses pengupayaan insan termasuk di tahap prasekolah dengan mewajibkan model pembangunan modal insan Selangor (S.P.I.E.S) diterap ke dalam kurikulum prasekolah di sulruh negeri Selangor. Langkah mewujudkan MPTS ialah sebagai sendi pelaksana yang akan membangunkan data tadika dan sistem penyampai kepada/daripada prasekolah di seluruh negeri Selangor.
Berpijak dibumi realiti, proses penyerapan SPIES ke peringkat awal sekolah ini akan mengambil masa. Namun kita lebih mementingkan keberkesanan daripada hanya pengucapan retorik semata-mata.Maka proses memberi kefahaman kepada MPTS telah kita jalankan dan telah diterima baik oleh pengusaha tadika apatah lagi pakar pendidikan prasekolah yang telah berpengalaman dan tulus ikhlas mahu melihat tunas-tunas modal insan berjaya dilahirkan di SELANGOR ini.
Mudah-mudahan generasi yang kita bekalkan dengan ilmu,kemahiran,latihan yang seimbang dan sepadu yang dirumus khas dalam SPIES ini akan melahirkan GENERASI IDAMAN SELANGOR yang bebas dadah/judi/arak/jenayah/maksiat/buang anak/rasuah/rempit/ragut/rakus/rompak(multi negative R), curi/culik dsb.
JOM SERTAI gerakan membina tamaddun unggul negeri selangor.

Selangor Hub Ilmuwan, Hub Pendidikan

PELAN STRATEGI MEMBANGUN MODAL INSAN DI TAHAP PRASEKOLAH SELANGOR

Di antara teras utama KERAJAAN NEGERI SELANGOR untuk mencapai visi SELANGOR IDAMAN, MAJU,SEJAHTERA DAN BERKEBAJIKAN 2025 ialah MEMACU PEMBANGUNAN MODAL INSAN.

Justeru, Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah memperkenalkan falsafah pendidikan holistik yang mengambilkira seluruh keperluan dan ciri-ciri unik manusia agar boleh dibangun secara tuntas agar mampu menjadi modal insan yang berkualiti tinggi.Selain merancang 'critical pathway to success' untuk melahirkan modal insan produktif hingga mencapai massa/jumlah kritical, STANDCO Pembangunan Modal Insan juga telah mewujudkan pelan tindakan untuk mitigasi 'insan liabliti'. Maksudnya, disamping mengeluarkan modal insan yang akan menguntung diri,keluarga, masyarakat, negeri dan negara Exco Pembangunan Modal Insan dan J/K mahu meminimakan insan yang terjebak di dalam anasir negatif yang akan merugikan bukan hanya diri sendiri tetapi keluarga, masyarakat negeri dan negara. Bukan hanya kos dari segi wang ringgit, tetapi kos tenaga kerja, kos kerugian akibat vandalisme, kos perubatan mengubat pesakit HIV/AIDS/Hepatitis B dll yang berkaitan dengan penagihan dadah, kos menanggung keluarga penagih dadah,judi dan arak, kos penjara, kos perundangan dan kehakiman. Kos kerugian harta benda dan ketakutan kepada peniaga/pelabur/guru-guru,wanita dan pekerja kilang serta ibubapa yang takut anak mereka diculik dan dibunuh seperti kes NURIN JAZLIN JAZIMIN, SHARLINIE, SHAFIA HUMAIRA dll.
Maka, dua langkah seiring sejalan telah dimulakan di SELANGOR.Untuk membangunkan modal insan berkualiti SATU model atau formula PEMBANGUNAN MODAL INSAN telah dirumuskan iaitu S.P.I.E.S. Ianya adalah akronim daripada 5 elemen teras yang MESTI dibangunkan secara sepadu oleh SETIAP manusia SETIAP hari SETIAP lokasi untuk mengupayakan diri menjadi modal insan berkualiti: S Spiritual; P 'Physical'; I Intelektual; E Emosi; S Sosial.

Rasionalnya, tidak cukup hanya dapat sekeping kertas sebagai bukti seseorang akan menjadi pekerja, suami,isteri,ibu, ayah,ahli masyarakat,pemimpin yang berkesan, produktif dan berjaya dalam hidup dan mampu menyumbang kepada pembikinan masyarakat cemerlang untuk merealisasikan VISI SELANGOR seperti yang disebut di atas. Lebih-lebih lagi untuk mencapai apa yang telah diwar-warkan oleh YAB MB mahu menjadi baldatun toyyibatun wa robbun ghafuur = negeri yang baik, anggun, unggul, canggih, moden dsb DAN DIAMPUNI SERTA DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT.
Persoalannya berapa ramai pimpinan dan rakyat negeri Selangor yang benar-benar MAHU menongkah arus, melalui ombak tentangan jahiliyyah untuk mencapai matlamat ini?! Adakah tuan/puan bersedia?

Thursday, May 20, 2010

KONVENSYEN PENDIDIKAN PRASEKOLAH SELANGOR 2010

pada 30/5/10

8.30PG-5.OOPTG



Wednesday, May 19, 2010

MPTS

Jawatankuasa Pendidikan Kerajaan SELANGOR menubuhkan MAJLIS PERMUAFAKATAN TADIKA SELANGOR bagi memperkasa institusi prasekolah di Selangor