Tuesday, December 17, 2013

MAJLIS HARI MAHASISWA SELANGOR 12.12.13


MAJLIS HARI MAHASISWA SELANGOR



BANGI, 12 Disember 2013 : Mahasiswa merupakan aset penting dalam mencorakkan pembangunan Negara. Maka dengan itu, YB Dr. Hajah Halimah Ali telah mengambil inisiatif memilih tarikh 12 Disember sebagai Hari Mahasiswa. Hari Mahasiswa anjuran Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS) telah di hadiri seramai 800 orang mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai kampus sekitar lembah Klang. Turut hadir pada majlis tersebut wakil persatuan mahasiswa dan juga NGO seperti Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS UM),Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA),Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS).


Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan serta pengiktirafan kepada mahasiswa dalam mencorakkan masa depan negara pada masa akan datang. Kerajaan Negeri Selangor melihat mahasiswa sebagai agen perubahan “the centre of excellent” dalam membangunkan masyarakat. 





Dalam satu majlis ringkas tersebut, Dr Hajah Halimah Ali telah berucap dengan mahasiswa daripada pelbagai kampus serta beberapa wakil NGO.Antara initipati ucapan beliau, Dr Hajah Halimah Ali telah menjelaskan hala tuju Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berpandukan matlamat Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan. Tegas beliau lagi, Mahasiswa hari ini adalah tonggak utama dalam mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Untuk menjadi cemerlang aspek yang perlu diambil perhatian ialah keseimbangan  elemen spiritual, fizikal, intelektual, emosi dan sosial dalam diri seseorang mahasiswa.


Bertemakan  “Mahasiswa Cemerlang Tonggak Negara” semua mahasiswa digesa untuk sentiasa berperanan dalam masyarakat. Mahasiswa tidak hanya aktif diperingkat kampus malahan perlu turun ke lapangan  untuk memberi khidmat bakti  kepada masyarakat. Antara program-program yang telah berjaya dilaksanakan oleh Ecxo Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama  Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS) ialah bakti siswa, pentas mahasiswa, dialog pimpinan, seminar kejaya, spies mahasiswa dan banyak lagi.
.
 Kolej Antarabangsa INPENS telah dianugerahkan sebagai kolej contoh kerana penglibatan aktif seluruh mahasiswanya terhadap masyarakat menerusi program bakti siswa. Penganugerahan ini menjadi pembakar semangat kepada mahasiswa yang lain untuk turut aktif dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat.






Friday, August 2, 2013

Selangor Tangguh Hantar Pelajar Ke Mesir



PENDIRIAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

  • Kerajaan Negeri akan terus memantau dan menyelia perkembangan terkini dari semasa ke semasa terutama berkaitan keselamatan pelajar Selangor di Mesir.
  • Kerajaan Negeri meminta semua ibubapa bertenang dan berdoa semoga situasi yang sedang berlaku di Mesir akan pulih dalam masa terdekat.
  • Kerajaan Negeri menangguh penghantaran pelajar-pelajar Selangor ke Mesir sehingga keselamatan mereka terjamin.
  • Kerajaan Negeri akan menempatkan pelajar-pelajar yang terlibat di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bagi pelajar yang mengambil Jurusan Agama.
  •  Sementara itu, Kerajaan Negeri menawarkan tempat kepada pelajar Jurusan Perubatan bagi mengikuti pengajian Asasi Sains di Universiti Selangor (UNISEL).
  • Penajaan mereka yang dipersetujui oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk ke Mesir telah diminta untuk meneruskan penajaan bagi mereka di penempatan baru ini.