KLANG, 19 JAN: Masyarakat bukan Islam di negara ini percaya
keselamatan nyawa dan harta benda mereka lebih terjamin jika Malaysia ditadbir
pemimpin yang taat kepada ajaran Islam.
Exco Pendidikan Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal
Insan, Dr Halimah Ali, berkata hal itu kerana ajaran Islam tidak pernah
mengajar umatnya melakukan sebarang perkara yang mampu memudaratkan penganut
agama lain.
Halimah Ali “Orang
bukan Islam yakin kalau orang Islam yang baik dan taat kepada agamanya, tidak
akan kacau agama lain, bahkan orang Cina dan India akan rasa lebih selamat
kerana rumah mereka tidak dipecahkan serta motosikal tidak dicuri,” katanya.
Dr Halimah berkata demikian dalam ucapan perasmian penutup
Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat
Klang. di sini, hari ini.
Pada masa sama, Dr Halimah turut menggesa masyarakat
mencontohi sifat Nabi Muhammad SAW yang pengasih sesama manusia walaupun
terhadap penganut agama lain.
“Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menyuapkan roti kepada
seorang Yahudi dengan penuh kasih, sedangkan ketika itu lelaki yang buta itu
sedang memarahi baginda,” katanya.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Dewan Undangan
Negeri (DUN) Selat Klang itu diadakan di Masjid Darul Muttaqin memasuki hari
terakhir sejak dimulakan, pada 16 Januari lalu.
ada sambutan itu, pelbagai acara diadakan seperti bacaan
Yassin Perdana, pertandingan pidato, pertandingan masakan sunah, pameran agensi
kerajaan, pemeriksaan kesihatan percuma, acara memanah, cabutan bertuah dan
perarakan.
Kira-kira 1,600 peserta menyertai 37 kontinjen yang mewakili
masjid, surau, agensi kerajaan serta swasta dalam perarakan berjalan kaki
sejauh lebih satu kilometer.
No comments:
Post a Comment