Tuesday, March 30, 2010

Pendidikan untuk semua

ADUN Bukit Melawati, YB Ir Muthiah di antara ADUN yang begitu ghairah tentang pendidikan. Selepas hanya beberapa hari saja menjadi YB beliau telahpun melawat SEKOLAH AGAMA RAKYAT di kawasannya untuk melihat keadaan. Alangkah terkejutnya beliau apabila sampai ke sekolah yang seribu satu kedhaifan. Sebuah sekolah menengah yang berkonsepkan pendidikan holistik yang menggabungkan pendidikan jasmani dan rohani, untuk kejayaan duniawi dan ukhrawi.... tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri dan kementerian pelajaran sebelum ini.Itu bulan MAC 2008.
Pada 29/3/10 beliau bersama ADUN2 lain dan NGO2, AKTIVIS PENDIDIKAN , MAJLIS PERMUAFAKATAN INSTITUSI PENDIDIKAN SELANGOR(MAPPIS);wakil lembaga pengelola sekolah CINA, MPPBIG SEKOLAH TAMIL SELANGOR dll turut hadir di MASJLIS DIALOG ISU2 PENDIDIKAN SELANGOR anjuran EXCO PENDIDIKAN KERAJAAN SELANGOR.

No comments:

Post a Comment