Tuesday, July 5, 2011

Kerajaan Selangor julangkan martabat ilmu


26.6.11
Shah Alam

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyambut HARI ILMU SELANGOR untuk kali kedua. Hari ilmu telah dilancarkan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor pada 26.6.10 yang diseri dengan pelancaran serentak Gerakan Membaca Perdana, Gerakan Menulis Perdana dan Pesta Buku Selangor 2010.
Fokus tahun pertama sambutan HARI ILMU SELANGOR ialah mencetuskan kesedaran mega dan seterusnya minat rakyat jelata kepada ilmu.Tahun ini pula Jawatankuasa Tetap Pendidikan dengan diurusetia oleh PPAS meletakkan fokus kepada penghasil sumber ilmu iaitu ilmuwan daripada golongan penulis.Justeru konvensyen khas penulis serta anugerah penulis Selangor yang mendapat sijil serta wang berjumlah RM10,000.
Majlis dirasmikan oleh YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR.


Monday, May 2, 2011

Tahap pendidikan orang asli perlu dipertingkatkan

Tinjauan EXCO PENDIDIKAN SELANGOR, YB Dr Hjh Halimah Ali ke Kampung Orang Asli Sg Rambai Pulau Carey pada 1.5.11 amat mengejutkan beliau di mana ramai di antara pelajar ini tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran mereka.
Menurut En Radha yang telah mengenali watak dan tabiat orang Asli yang mengiringi YB Dr Halimah mereka akan ponteng sekolah sekiranya ada keperluan untuk mengopek udang ketika musim.Ini melibatkan anak-anak yang berada di sekolah rendah.
Bagi anak-anak yang belajar di peringkat sekolah menengah pula ada yang kahwin seawal tingkatan 1 iaitu berumur 13 tahun.Jadi apa yang disaksikan sendiri oleh YB EXCO dan rombongannya ialah golongan muda yang beranak kecil. Apa yang lebih tidak menyenangkan ialah ada juga diantara mereka bercerai ketika umur 20tahun.
Rata-rata mereka di kampung yang dikunjungi mempunyai rumah batu yang mempunyai kelengkapan asas yang agak lengkap namun yang pelik ialah mereka tetap membina rumah atap dan mereka lebih gemar tinggal disitu daripada rumah batu yang di bina.
Ada seorang gadis yang menjadi penunjuk jalan rombongan EXCO dikatakan dia kan berkahwin minggu depan.Dia berumur 16 tahun dan sedang berada di tingkatan 4 dan bakal suaminya juga adalah dalam tingkatan4.
Mungkin budaya orang asli sudah agak berubah daripada kaum yang sinonim dengan aktiviti merayau kepada menetap dan boleh menghnatar mereka bersekolah. Namun masih banyak yang perlu dilakukan untuk menyedar tentang keperluan pendidikan kepada generasi muka mereka.
EXCO menerangkan dalam ucapannya yang turut dihadiri oleh TOK BATIN untuk anak-anak yang cemerlang SPM kerajaan negeri boleh membantu mendapat pinjaman tanpa faedah SUK dan hadiah RM1000, bagi yang tidak berkelayakan ke IPT, kerajaan negerin juga ada skim latihan kemahiran di KOLEJ INPENS yang dibiayai oleh kerajaan negeri sepenuhnya.


Yang jelas peranan NGO untuk membantu menyantuni terus orang asli supaya budaya belajar diterapkan berfasa tetapi berterusan di kalangan anak-anak orang asli ini.Insyaallah mereka satu hari nanti akan mampu mengerti nilai pendidikan sebagai pelaburan utama untuk kejayaan hidup mereka.

Monday, February 28, 2011

PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR DUN SELAT KLANG


ADUN SELAT KLANG, YB Dr Hjh Halimah Ali sempat meluangkan masa menyantuni pelajar-pelajar peserta PTRS(PROGRAM tuisyen rakyat Selangor) kawasan DUN SELAT KLANG pada pembukaan sesi 2011 hari Sabtu 27.2.11.
Hari pertama tuisyen ini dimulakan dengan ujian diagnostik untuk menentukan tahap penguasaan pelajar untuk memudahkan guru-guru memberi tumpuan yang kurang penguasaan tentang mana-mana subjek yang diajar.
Kelas tambahan ini difokus kepada pelajar dari golongan keluarga yang kurang kemampuan dan pencapaian sederhana di tingkat empat.Jawatankuasa tetap pendidikan memperuntukan tuisyen percuma untuk calon SPM SETIAP KAWASAN DUN di seluruh SELANGOR

Wednesday, February 23, 2011

OPS EHSAN PELAJAR MESIR KERAJAAN SELANGOR

23.2.11
SHAH ALAM

Kerajaan Selangor telah memutuskan untuk membiayai semua pelajarnya yang berjumlah 1800 orang balik ke Mesir dalam masa terdekat. EXCO SELANGOR berharap urusan penerbangan balik boleh diselesaikan pada 15.3.11 kerana kebanyakan IPT di Mesir akan memulakan sesi pengajian dalam masa yang terdekat.
Urusan pendaftaran semua pelajar akan dijadualkan bermula 25.2.11 dan sebuah task force akan di tubuhkan dan diketuai oleh EXCO PENDIDIKAN TINGGI dan mesyuarat penyelaran bersama jabatan dan agensi kerajaan akan dipengerusi bersama dengan SUK pada 25.2.11.Ia akan melibat badan kebajikan pelajar Selangor dll untuk mempastikan kesejahteraan dan kebajikan pelajar dijaga dengan baik. PAPISMA sebagai badan sukarelawan perubatan juga akan dilibatkan bersama NGO-NGO lain.
Semua ibubapa/pelajar diminta mendaftarkan SEGERA SEMUA pelajar yang mahu minta tajaan Selangor dengan BAHAGIAN PENDIDKAN ISLAM,JAIS (USTAZ HAFIZUL ),KOMPLEKS MAIS SELATAN.

Sunday, February 6, 2011

OPS SELAMAT PELAJAR MESIR KERAJAAN SELANGOR

MESIR: OPS PIRAMID KERAJAAN SELANGOR

6.2.01
AHAD
11.30pg
Maklumat terakhir daripada BILIK OPERASI KERAJAAN SELANGOR di WISMA MAIS, SHAH ALAM

Insyaallah semua pelajar Selangor telah dikumpulkan di pusat-pusat pengumpulan pelajar di Kaherah dan Alexandria untuk di bawa ke Jeddah. Setakat ini 405 orang daripada 1080 pelajar Selangor telah selamat dipindahkan ke Jeddah dan sekarang menetap di bangunan TABUNG HAJI.3 orang pelajar yang sakit telah pun diterbangkan ke KLIA dan sampai 9pagi tadi. Selebihnya akan diterbangkan mengikut gilirian keutamaan yakni yang sakit, berkeluarga dan pelajar wanita.
YB Dr.Hjh Halimah Ali yang mengasas bilik operasi tersebut yang disempurnakan oleh PEGAWAI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR dan JAIS, dibantu oleh BRIGED AMAL SELANGOR dan pasukan sukarelawan berpengalaman YAYASAN AMAL SELANGOR bersetuju pelajar-pelajar Selangor yang bakal tiba di KLIA akan dikumpul dulu di masjid negeri Shah Alam untuk diambil oleh keluarga mereka. VAN-VAN MAIS dan beberapa kenderaan kerajaan Selangor (SUK) akan digunakan bagi memudahkan pengangkutan pelajar dan ibubapa yang mungkin tidak sempat dihubungi.Ia juga memudahkan daripada pendaftaran anak-anak yang terlibat dalam krisis PIRAMID ini bagi tujuan langkah-langkah lanjut mengenai perancangan masa depan mereka kelak.
Pegawai JAIS En Farizan yang menjadi ketua bilik operasi telah memaklumkan seorang pelajar yang patah kaki telah selamat sampai pkl 9pagi tadi dan 2 orang lagi yang sakit akan tiba 4petang insyaallah.

MESIR: OPS PIRAMID KERAJAAN SELANGOR

6.2.01
AHAD
11.30pg
Maklumat terakhir daripada BILIK OPERASI KERAJAAN SELANGOR di WISMA MAIS, SHAH ALAM

Insyaallah semua pelajar Selangor telah dikumpulkan di pusat-pusat pengumpulan pelajar di Kaherah dan Alexandria untuk di bawa ke Jeddah. Setakat ini 405 orang daripada 1080 pelajar Selangor telah selamat dipindahkan ke Jeddah dan sekarang menetap di bangunan TABUNG HAJI.3 orang pelajar yang sakit telah pun diterbangkan ke KLIA dan sampai 9pagi tadi. Selebihnya akan diterbangkan mengikut gilirian keutamaan yakni yang sakit, berkeluarga dan pelajar wanita.
YB Dr.Hjh Halimah Ali yang mengasas bilik operasi tersebut yang disempurnakan oleh PEGAWAI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR dan JAIS, dibantu oleh BRIGED AMAL SELANGOR dan pasukan sukarelawan berpengalaman YAYASAN AMAL SELANGOR bersetuju pelajar-pelajar Selangor yang bakal tiba di KLIA akan dikumpul dulu di masjid negeri Shah Alam untuk diambil oleh keluarga mereka. VAN-VAN MAIS dan beberapa kenderaan kerajaan Selangor (SUK) akan digunakan bagi memudahkan pengangkutan pelajar dan ibubapa yang mungkin tidak sempat dihubungi.Ia juga memudahkan daripada pendaftaran anak-anak yang terlibat dalam krisis PIRAMID ini bagi tujuan langkah-langkah lanjut mengenai perancangan masa depan mereka kelak.
Pegawai JAIS En Farizan yang menjadi ketua bilik operasi telah memaklumkan seorang pelajar yang patah kaki telah selamat sampai pkl 9pagi tadi dan 2 orang lagi yang sakit akan tiba 4petang insyaallah.

Tuesday, February 1, 2011

KENYATAAN MEDIA EXCO BERHUBUNG ISU PELAJAR SELANGOR DI MESIR

KENYATAAN MEDIA

FEBRUARI 1, 2011 (SELASA)

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG ISU PELAJAR SELANGOR DI MESIR

Kerajaan Negeri Selangor begitu prihatin mengenai masalah pelajar-pelajar Negeri Selangor khasnya dan pelajar-pelajar Malaysia yang lain amnya yang sedang menuntut di Mesir.

Bersama-sama dengan Wisma Putra, Kerajaan Negeri sedang mengikuti perkembangan secara dekat bagi menentukan semua pelajar berada dalam keadaan selamat.

Saya bersama Y.B. Dr. Yunus bin Hairi, Pembantu Exco merangkap ADUN Sijangkang telah mengadakan pertemuan dengan Wisma Putra pada pagi ini dan telah diberi penerangan mengenai kedudukan para pelajar di sana. Tindakan-tindakan sedang diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar tersebut ke tanah air.

Kerajaan Negeri melalui Lembaga Zakat Selangor akan menghantar peruntukan kewangan yang difikirkan mencukupi bagi menampung segala keperluan urusan harian para pelajar terutama dalam menghadapi saat-saat genting ini.

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menubuhkan Bilik Operasi yang yang beroperasi 24 jam untuk membolehkan ibubapa dan sanak saudara terutamanya mengetahui kedudukan mutakhir pelajar kita di Mesir.

Mereka yang ingin menghubungi Bilik Operasi ini bolehlah menghubungi talian seperti berikut bermula 8.30pagi esok 03-55143520 / 3534 / 3538 / 3539 / 3576. Pertubuhan sukarela Briged Amal Selangor bersama Yayasan Amal Selangor telah diarah untuk menyediakan tenaga pembantu bagi membantu Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam itu.

Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua masjid di negeri Selangor untuk mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan seluruh rakyat negeri Selangor dan Malaysia amnya.

Pimpinan Negeri Selangor sentiasa mendoakan para pelajar Selangor dan seluruh rakyat Mesir berada dalam keadaan selamat dan memohon agar Allah S.W.T. sentiasa merahmati mereka.

Y.B. Dr. Hjh Halimah Ali

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor