PENDIRIAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
- Kerajaan Negeri akan terus memantau dan menyelia perkembangan terkini dari semasa ke semasa terutama berkaitan keselamatan pelajar Selangor di Mesir.
- Kerajaan Negeri meminta semua ibubapa bertenang dan berdoa semoga situasi yang sedang berlaku di Mesir akan pulih dalam masa terdekat.
- Kerajaan Negeri menangguh penghantaran pelajar-pelajar Selangor ke Mesir sehingga keselamatan mereka terjamin.
- Kerajaan Negeri akan menempatkan pelajar-pelajar yang terlibat di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bagi pelajar yang mengambil Jurusan Agama.
- Sementara itu, Kerajaan Negeri menawarkan tempat kepada pelajar Jurusan Perubatan bagi mengikuti pengajian Asasi Sains di Universiti Selangor (UNISEL).
- Penajaan mereka yang dipersetujui oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk ke Mesir telah diminta untuk meneruskan penajaan bagi mereka di penempatan baru ini.