Monday, October 24, 2011

Hasil negeri untuk rakyat: Selangor negeri berkebajikan




Sabtu
22.10.11
SHAH ALAM

Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan telah membuktikan keprihatinannya dengan melaksanakan fasa terakhir dalam program memberi tuisyen rakyat percuma kepada calon SPM 2011 yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1500 sebulan.
Program ini mendapat yang hangat oleh rakyat Selangor khususnya daripada luar bandar dan miskin bandar. Keperitan hidup kerana kos hidup yang semakin hari semakin meningkat lazimnya mengasingkan pelajar daripada golongan ini daripada menikmati kelas tambahan untuk bersaing dengan rakan-rakan mereka yang dibantu ibubapa yang mampu membiayai kos tuisyen yang menelan belanja agak besar bagi keluarga miskin.
Justeru, Exco Pendidikan telah mengambil inisiatif bermula tahun 2009 untuk mempasti golongan ini tidak ketinggalan dalam pelajaran, kerajaan Selangor telah bersetuju untuk membiayai perbelanjaan tuisyen percuma setiap tahun untuk tiga tahun berturut-turut dan akan diteruskan tahun depan.
Pemantauan prestasi mereka yang asalanya sebelum tuisyen bermula adalah dari kumpulan yang pencapaian akademik yang sangat sederhana telah mampu melonjakkan pencapaian mereka. Disamping menumpu kepada kejayaan akademik, pelajar PTRS ini juga dibentuk agar berakhlak mulia dan berdisiplin..Ini bekalan penting untuk masa mendatang.


Program Tuisyen Rakyat Selangor(PTRS)

2009 4333PELAJAR RM3.45juta
2010 4508PELAJAR RM3.45juta
2011 4346PELAJAR RM3.45juta
JUMLAH 13187PELAJAR
RM10.35juta

Program pecutan terakhir SPM 2011 telah dirasmikan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali, EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor. Seramai 3000 pelajar peserta PTRS dari seluruh pelusuk Selangor telah ikut serta program dengan penuh semangat dan yakin diri.Stadium Malawati Shah Alam menyaksikan bakal modal insan yang telah mendapat impak daripada dasar kerajaan Selangor memberi fokus kepada pendidikan sebagai usaha utama mempertingkatkan kualiti rakyatnya dalam jangka masa panjang.