Monday, May 2, 2011

Tahap pendidikan orang asli perlu dipertingkatkan

Tinjauan EXCO PENDIDIKAN SELANGOR, YB Dr Hjh Halimah Ali ke Kampung Orang Asli Sg Rambai Pulau Carey pada 1.5.11 amat mengejutkan beliau di mana ramai di antara pelajar ini tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran mereka.
Menurut En Radha yang telah mengenali watak dan tabiat orang Asli yang mengiringi YB Dr Halimah mereka akan ponteng sekolah sekiranya ada keperluan untuk mengopek udang ketika musim.Ini melibatkan anak-anak yang berada di sekolah rendah.
Bagi anak-anak yang belajar di peringkat sekolah menengah pula ada yang kahwin seawal tingkatan 1 iaitu berumur 13 tahun.Jadi apa yang disaksikan sendiri oleh YB EXCO dan rombongannya ialah golongan muda yang beranak kecil. Apa yang lebih tidak menyenangkan ialah ada juga diantara mereka bercerai ketika umur 20tahun.
Rata-rata mereka di kampung yang dikunjungi mempunyai rumah batu yang mempunyai kelengkapan asas yang agak lengkap namun yang pelik ialah mereka tetap membina rumah atap dan mereka lebih gemar tinggal disitu daripada rumah batu yang di bina.
Ada seorang gadis yang menjadi penunjuk jalan rombongan EXCO dikatakan dia kan berkahwin minggu depan.Dia berumur 16 tahun dan sedang berada di tingkatan 4 dan bakal suaminya juga adalah dalam tingkatan4.
Mungkin budaya orang asli sudah agak berubah daripada kaum yang sinonim dengan aktiviti merayau kepada menetap dan boleh menghnatar mereka bersekolah. Namun masih banyak yang perlu dilakukan untuk menyedar tentang keperluan pendidikan kepada generasi muka mereka.
EXCO menerangkan dalam ucapannya yang turut dihadiri oleh TOK BATIN untuk anak-anak yang cemerlang SPM kerajaan negeri boleh membantu mendapat pinjaman tanpa faedah SUK dan hadiah RM1000, bagi yang tidak berkelayakan ke IPT, kerajaan negerin juga ada skim latihan kemahiran di KOLEJ INPENS yang dibiayai oleh kerajaan negeri sepenuhnya.


Yang jelas peranan NGO untuk membantu menyantuni terus orang asli supaya budaya belajar diterapkan berfasa tetapi berterusan di kalangan anak-anak orang asli ini.Insyaallah mereka satu hari nanti akan mampu mengerti nilai pendidikan sebagai pelaburan utama untuk kejayaan hidup mereka.