Wednesday, January 5, 2011

PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR 2011



Perhatian kepada semua pejabat ADUN/PENYELARAS DUN/Pimpinan masyarakat seluruh Selangor

  1. Program Tuisyen Rakyat Selangor(PTRS) untuk 2011 yang melibatkan calon-calon SPM daripada keluarga yang miskin perlu didaftar segera supaya kelas tambahan/tuisyen ini boleh dimulakan pada 1/2/11 insyaallah.
  2. Koordinator Pembangunan Modal Insan(KPMI) yang dilantik untuk mengendalikan program ini mestilah orang yang komited dan boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada tuisyen dan semua program modal insan di kawasan DUN tersebut.
3. Sila hubungi Cik NURUL IMMA, BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, BANGUNAN SSAAS, 40000 SHAH ALAM di talian 03-55212283.

Lawatan Exco Pendidikan ke TADIKA KEMAS













Lawatan YB Dr Hjh Halimah Ali ke institusi pendidikan diteruskan tiga hari berturut-turut. Beliau telah beramah mesra dengan guru dan pelajar tadika kemas Kpg Delek bersama P.A. Hj Kamaluddin dan pegawai daripada Pejabat ADUN Selat Klang.

Anak-anak yang sudah dilazimkan bergaul dengan orang lain semasa kecil sepatutnya lebih mudah untuk hidup bermasyarakat dengan orang lain masa dewasa kelak insyaallah.Namun yang diharapkan oleh kerajaan negeri Selangor ialah pembangunan total insan itu harus dimula awal.

Tidak perlu menunggu pendidikan formal seperti sekolah.Anak harus dididik berakhlak, beragama daripada kecil.Barulah Insyaallah ianya menjadi asam garam setelah umur meningkat remaja dan seterusnya dewasa.

Bukan sesudah melanggar peraturan hidup sebagai insan baru dilihat usaha memulihkan akhlak. Akhlak sepatut dibentuk dan dicorak semasa rebung lagi!