Thursday, December 30, 2010

Ilmuwan sepatut dijadikan IKON remaja belia


MAJLIS ANUGERAH TOKOH ILMUWAN NEGERI SELANGOR

28 DISEMBER 2010 bersamaan 22 MUHARRAM 1432H

Dewan Jubli Perak, SUK Selangor, 40000 Shah Alam

Anugerah Tokoh Ilmuwan Negeri Selangor 2010 adalah julung-julung kali diadakan sempena Program Jejak Ilmuwan Negeri Selangor. Program ini adalah merupakan sebahagian daripada Program Jejak Ilmuwan Negeri Selangor.

Anugerah ini adalah bertujuan untuk menonjolkan Ilmuwan di kalangan masyarakat serta menghargai usaha dan bakti mereka di dalam pembangunan masyarakat.

Pemilihan tokoh Ilmuwan adalah berdasarkan faktor-faktor seperti berikut:

a) Kepakaran dan kemahiran di dalam sesuatu bidang dan diperakui oleh badan-badan yang diiktiraf

b) Mempunyai keperibadian yang baik dan wajar dicontohi

c) Mempunyai imej dan rekod yang baik di dalam masyarakat (bebas dari rekod jenayah)

d) Memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat.

Untuk tahun 2010, Anugerah ini diberikan kepada Profeseor Dr Muhaya Mohamad, yang merupakan seorang pakar di dalam bidang Oftamologi. Beliau juga terkenal sebagai pakar motivasi dan mempunyai slot rancangan beliau sendiri di saluran Astro Ria iaitu rancangan ” Dari mata ke hati”.

Profil Penerima Anugerah Tokoh Ilmuwan Negeri Selangor 2010

  • PERJALANAN kerjayanya untuk mendaki ke puncak dilihat begitu mudah. Sebaik menamatkan kursus doktor pelatih pada 1986, Prof Dr Muhaya Muhamad ditawarkan oleh Datuk Dr Mohd Nor Marahakim, yang digelar Bapa Oftalmologi Malaysia menjadi pensyarah pelatih di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    Dalam masa enam tahun selepas mendapat ijazah doktor falsafah pada 1991, beliau dilantik menjadi Pakar Mata dan pensyarah Jabatan Oftalmologi, UKM
  • Memperoleh Fellowship dalam bidang Uveitis dari Hospital Mata Moorfields di United Kingdom pada 1998, manakala kelulusan PhD dari University of London dalam bidang Ocular Immunology.
  • Anak Malaysia terunggul pakar dalam bidang Uveitis. Beliaulah yang memulakan perkhidmatan Uveitis dan terapi immunosuppressive untuk penyakit mata autoimun di Malaysia. Kini, Prof. Muhaya dianggap sudut rujukan dalam bidang pengurusan penyakit uveitis sejak 1998. Beliau juga memberi latihan doktor pakar oftalmologi tempatan khususnya dalam bidang uveitis.
  • Pada 2005, Prof Muhaya dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Khas Terunggul (Special Distinguished Service Award) oleh Akademi Opthomologi Asia Pacifik (APAO) sempena Kongres APAO ke-20 yang diadakan di Kuala Lumpur.
  • Kini beliau adalah Perunding Pakar Bedah Mata selain menyandang jawatan Ketua Pusat Mata dan Lasik di Pusat Perubatan Prince Court; Profesor Oftalmologi di Universiti Kebangsaan Malaysia, serta Profesor Ajung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
  • Pengerusi Persatuan Doktor Mata Persatuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Association Ophthalmological Society).
  • Selain oftalmologi, Prof Muhaya mempunyai minat yang mendalam dalam menyampaikan ceramah motivasi. Beliau sering diundang sebagai penceramah pada minggu orientasi di PCMC. Topik kegemaran beliau adalah Perwatakan Berkesan. Prof Muhaya juga sering diundang untuk berceramah kepada mahasiswa fakulti perubatan di UKM, IIUM dan USIM.
  • Wajah Prof Muhaya juga sering kelihatan di kaca televisyen berkongsi pengetahuan beliau dalam berbagai penyakit mata di saluran TV1, TV2 dan TV3. Selain itu, pada 2005 beliau menerbitkan bukunya dalam bahasa Inggeris bertajuk How to become a good and successful medical student. Dan yang terbaru untuk slot Dari Mata ke Hati di Saluran Astro Ria.

Friday, December 10, 2010

Who keeps on taking in racial terms after millions have been spent on 1 MALAYSIA?

Education loan issue: S'gor govt blames BN prhttp://freemalaysiatoday.com/fmt-english/index.phpedecessor

SHAH ALAM: The Selangor state government has blamed its Barisan Nasional predecessor for the lack of non-Malays obtaining education loans from Yayasan Selangor.

Exco for education Halimah Ali said since 2000, more Malay students had received the loans compared to their non-Malay counterparts.

“This was because of the lack of information and publicity,” she told a press conference here.

She said Yayasan Selangor was still following the system put in place by the previous state government.

However, she said the Pakatan state government would intensify its publicity campaign on the issue, and explain the benefits of the loan to the people regardless of race.

"The state government's education loan is open to all races and there is no quota set," she added.

The exco also slammed MCA and MIC for turning the matter into a racial issue and questioned why they did not voice out when BN was running the state.

Meanwhile, Yayasan Selangor manager Anizen Ibrahim denied that the state-run boarding schools were only meant for students from national schools.

Responding to a question from a parent present at the press conference, she said students with excellent exam results, irrespective of whether from national or vernacular schools, would be admitted.

The parent had complained that her daughter, who studied in a Tamil school, was denied admission despite scoring 7As in the UPSR examination.

She said a Yayasan Selangor officer had rejected the application and told her that the boarding schools were only open to students from national schools.

Thursday, December 9, 2010

Sekitar event INTERNATIONAL SYMPOSIUM 2010 UNISEL


SACC CONVEC SHAH ALAM
8/12/10
Perasmian oleh YAB DATO' MB SELANGOR
Dihadiri oleh YB EXCO-EXCO ISKANDAR, DR YAKOP, Ronnie Liu dan ADUN-ADUN YB Dr Yunus, Dr Shafie.
Dato' Bandar MBSA, MPSJ, Pegawai Daerah, Ketua Jabatan,Dekan-dekan dan pensyarah UNISEL.
Pembentang kertas kerja, beberapa VC IPT tempatan
dekan itb bandung



Confernce dinner malam itu dihoskan oleh YB EXCO PENDIDIKAN TINGGI sebagai aluan dan penghargaan kepada peserta sambil memberi sedikit penerangan tentang Selangor dan beramah mesra dengan mereka.

Monday, December 6, 2010

MAHASISWA rebutkan peluang ini!

Sempena International Islamic Academy On Life Sciences and Biotechnolgy(IAB) konferens yang akan berlangsung 8-9/12/10 di SACC CONVEC SHAH ALAM, UNISEL telah menganjur program untuk membawa saintis terkemuka dunia daripada MANCHESTER/IMPERIAL/CAMBRIDGE dan negara-negara OIC PADA 9pg-4..30ptg pada 7/12/10 di kampus UNISEL SHAH ALAM.
Menjelang 1 MUHARRAM 1431H diharapkan semua pelajar UNISEL dan siswa-siswi yang lain rebut peluang menimba ilmu daripada ILMUWAN yang kita jemput khas sempena konferens yang diadakan. Ayat yang pertama yang diturunkan oleh Allah swt kepada kita manusia sejagat adalah IQRA' yakni 'bacalah'. Ia berkisar kepada ilmu.Bermakna tajuk pertama dan utama seseorang insan yang perlu dikuasai adalah ilmu. Sudah berlalu zaman kegemilangan Islam di mana mercu tanda tamaddunnya adalah kekayaan ilmu yang menyinari hidup manusia sejagat

Sunday, December 5, 2010

Konsep 'belajar adalah seronok' sepatutnya diterap daripada awal

Jawatankuasa Tetap Pendidikan Kerajaan Selangor mahu terap proses pendidikan yang menyeronokkan dan selari dengan fasa perkembangan kanak-kanak ketika menyambut HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR pada 21/11/10.
Pendirian ini diambil sejajar dengan masalah yang timbul dikalangan kanak-kanak yang dibebani dengan tekanan-tekanan luarbiasa seawal peringkat tadika untuk belajar 'bersungguh-sungguh' untuk cemerlang di bidang akademik. Malangnya apa yang kita saksikan ialah kanak-kanak ini hilang zaman kanak-kanaknya yang sepatutnya diwarnai dengan bermain sambil belajar secara tidak sedar atau sengaja. Ini menimbulkan ketegangan dan kemurungan di kalangan kanak-kanak masa kini yang bakal menjadi dewasa yang bermosi dan sentiasa stress.
Ada yang hilang peri kemanusiaannya kerana terbiasa mengejar berkeping-keping kertas berupa sijil/diploma/ijazah dsb.
Dimanakah perginya keperluan anak untuk bermanja, bergurau, bersahaja. Kenapa mendera anak dengan cara tak sengaja? Sebab itu setiap bakal ibu dan bapa perlu membekalkan diri dengan ilmu perkembangan anak/psikologi kanak.Ibubapa perlu faham bagaimanakah cara paling berkesan untuk anaknya belajar. Barulah mereka boleh menjadin pendorong yangbaik

Wednesday, December 1, 2010

PROJEK JEJAK ILMUWAN SELANGOR MELANGKAU KE ARENA ANTARABANGSA

SUBANG JAYA
29/11/10-1/12/10
Alhamdulillah kerajaan Selangor telah sekali lagi berjaya menganjurkan program ilmu peringkat antarabangsa yang diurusetiakan oleh KUIS, IKATAN ILMUWAN SELANGOR dan PERSATUAN MUSLIM INTELLEKTUAL MALAYSIA iaitu INTERNATIONAL ISLAMIC EDUCATION CONFERENCE 2010.
Bertema : Islamic Education: Planning For the Future in the Muslim World
Peserta:250
(peserta luar negara: 50 orang)
Kertas pembentangan 140 kertas

Konferens ini terhasil daripada resolusi WORLD COME 2009 atau Conference on Muslim Education yang dianjur tahun lepas di mana INTERNATIONAL ACADEMY ON ISLAMIC EDUCATION(IAME) dilahirkan dan ia telah diletak di KUIS dan menjadi institusi yang akan mengambil tindakan lanjut berkaitan dengan pendidikan Islam seantero dunia. Justeru, konferens yang baru berlangsung selama 3 hari telah dirasmikan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali selaku EXCO PENDIDIKAN TINGGI SELANGor yang mewakili DATO' MENTERI BESAR SELANGOR.
Di antara tokoh ilmuwan terkenal Sheikh Dr Ramadhan Al Bouti daripada Syria telah memberi ucaptama dalam konferens tersebut dengan tajuk yang berkisar pendidikan di zaman Nabi s.a.w