Friday, August 20, 2010

SAR ILMI dapat RM80RIBU daripada kerajaan SELANGOR

YB Dr Hjh Halimah Ali, EXCO Pendidikan Selangor menyerahkan cek RM80 ribu kepada SAR ILMI sebagai insentif merangsangkan lagi pencapaian mereka. Ia dipohon untuk baikpulih tandas, bangunan dsb.

Thursday, August 19, 2010

SEKOLAH ILMI AMPANG terima kunjungan EXCO PENDIDIKAN

YB Dr Hjh Halimah Ali semasa lawatan kerja bersama pegawai daripada SUK memberi ucapan kepada pihak pengurusan SAR ILMI AMPANG.Turut serta YB ADUN LEMBAH JAYA, L embaga Pengelola, Penghulu, Ketua Kampung, Guru-guru.
EXCO Pendidikan menekankan peri pentingnya SAR merangka pelan tindakan jangka panjang untuk membantu mengeluarkan modal insan bermutu tinggi yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta dibekalkan dengan segala ilmu pengetahuan yang memungkinkan mereka dimartabatkan sebagai pemimpin semua golongan semua kaum.Barulah cita-cita melahirkan baldatun toyyibatun wa robbun ghafuur di Selangor mampu dicapai insyaallah.

KERAJAAN PAKATAN SELANGOR TERUS MENYUMBANG KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT

YB Dr Hjh Halimah Ali EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor menyampai cek berjumlah RM40 RIBU kepada MUDIR MAAHAD TAHFIZ AN NUR SUBANG BESTARI
Mudah-mudahan generasi akan datang generasi yang terhunjam dalam jiwanya kitabullah.Amin